December 14, 2008

I want to spend my lifetime loving you

-kecewa, kepenatan, bergembira, kehilangan


-'selamat pagi, bangun'
pagi yang kecewa,
orang lain sedang bergembira,
bermaaf-maafan,
memakai baju baru.
aku pula duduk di atas sofa,
di sebuah tempat yang bakal mengubah segalanya,
kepenatan dan kekecewaan.
berlegar di kepala ini hanyalah rasa 'rugi',
'rugi' kerana rasa diri ini dizalimi,
dipaksa menanti/menjaga seorang insan,
insan yang selama ini tidak pernah kisah,
sama ada dirinya 'rugi' atau tidak,
memberi kasih sayang kepada anak ini,
yang sememangnya tidak menjanjikan sebarang keuntungan.

-'selamat malam terakhir'
jgn lupa baca doa dulu sebelum tidur',
cuma sedikit pelik,
aku yang mengajar ibu membaca doa,
'eh ibu lah ajar aqil, aqil tatau lahh'
'alaa penat aqil ajar, kenapa ibu tak ikut baca sama?'
ibu masih membisu,
'tknk kawan lah dgn ibu cmni'
orang datang suruh tunggu di luar,
kenapa pulak?
okay, tak kisah. jom tunggu kat luar.


-15 minit diluar. orang itu keluar semula
'saya minta maaf, awak dah tkde mak'
eh kenapa pulak? itu ada je ibu,
tengah tidur, penat lah kot.
'ya tapi saya takut dia dah tak mampu bangun'
oh ibu dah tinggalkan semua,
eh tapi biar betul?
entah2 ni rancangan wakenabeb kot?
sengaja mengenakan orang lain,
tolonglah cameraman keluarlah sekarang.


BODOH! IBU KAU DAH MENINGGAL LAHH!!

smpai sekarang, ibu masih lagi lupa. lupa nak masak, lupa kemas rumah, lupa ajar aku, lupa marah aku.

sebenarnya aku yang terlupa, aku derhaka yang dah kena tinggal dengan mak aku. mungkin aku hanya jumpa mak aku jika aku jadi budak baik dan masuk syurga. dan maaf mak, saya tahu saya tak mampu nak janji itu pada mak.




'aqil kau senyum mcm mak kau lahh'




azizah ahmad<3>