August 29, 2009

sahabat berbuka


cis! sudah dua tahun aku terlepas majlis berbuka puasa bersama pelajar-pelajar smk sksyn10. tahun lepas tiada kesempatan, tahun ini aku berada di kampung. mungkin aku punyai tangkal malang untuk berbuka bersama mereka. haha! tahun lepas di hotel vistana, tahun ini di hotel hilton. eh aku termenipu pula, hanya di tempat yang sama, pizza hut sksyn6. walaupun jika aku berada di sana, kebarangkalian untuk aku ke sana mungkin tipis kerana berbuka bersama sahabat dan meninggalkan keluarga adalah satu perkara yang 'keji' di bulan mulia ini. tak mengapa, aku cukup makan di sini. tiada perasaan hasad terhadap mereka, malah aku berasa rindu akan mereka. moga kamu semua sihat sejahtera. mungkin peluang untuk kita bersama-sama berbuka akan tiba. mungkin tahun hadapan atau dua tahun lagi atau mungkin ketika kita semua sudah digelar 'para lepasan universiti'. haha ya satu hari nanti kawan- kawan.

akhirulkalam,


AM

August 26, 2009

ramadhan - merdeka


oh aku suka tahun ni punya kalendar. bulan mulia dan bulan kebangsaan diletakkan di dalam bulan yang sama iaitu bulan ogos. ada benda yang aku nak huraikan tentang bulan-bulan ini.

bulan kebangsaan ;

umum, semua tahu bahawa bulun 8 merupakan bulan kemerdekaan di Malaysia. padatahun 1957, pada bulan yang sama, bertarikh 31 Ogos, orang berpusu ke dataran merdeka. kenapa? sebab semua orang nak laung 'MERDEKA' bersama-sama Tunku Abdul Rahman pada ketika itu. mungkin kuat gemanya, mungkin perlahan. aku tak tahu, aku tidak lahir zaman itu. pada aku, perjuangan org dulu sewajarnya diingati. tapi diikuti, aku rasa tidak perlu. kenapa? sebab aku ada terbaca satu buku, mengatakan bahawa 'perjuangan orang lama jangan diikuti kerna kita ada perjuangan kita sendiri'. dan aku pasti zaman sudah berubah, setiap orang ada perjuangan mereka sendiri. namun, ramai di antara kita yang mengakui mereka sudah merdeka sementara perjuangannya masih terbengkalai. hehh tak malu betul!

'menjerit "merdeka" sekuat hati, sedangkan kaki masih terpasak jauh ke dalam perut bumi'


bulan ramadhan ;

umum, bulan di mana semua orang islam diwajibkan berpuasa di dalamnya. nenek aku pesan, 'tahun ni kita dapatsambut ramadhan lagi, buatlah ibadat sungguh-sungguh, tahun depan kita tak pasti dapat jumpa lagi bulan ni'. setiap tahun nenek aku pesan perkara yang sama. setiap tahun juga aku menganggap, 'doi, aku dah puasa kot, nak apa lagi?'. bodoh aku ni. aku masih menunggu bilakah jiwa aku dapat 'mendalami' kebesaran bulan ini. Maha Suci Tuhan, beri aku petunjuk ya allah. tahun ni, aku cuba untuk tak melintaskan kepala aku dengan perkara-perkara blu, cuba untuk .. , dah itu je kot. banyak-banyak pun, bukannya aku boleh buat pun. haha!


kesimpulan;
- aku antara orang-orang yang berlagak merdeka tanpa faham erti merdeka sendiri
- aku lebih suka hidayah mencari aku, daripada aku mencari hidayah

AM

crack !


blog saudari,
bersepah,
berjela,
berbukit,
beratur,
bergunung-ganang,
bepuluh,
beratus,
beribu,
berbilang,
pasal saya kann?

sayang benar ya kamu? :D


sudah sudah, crita melayu tak laku sebab hero lembik ah hahaha