April 18, 2010

Sistem Barter




final hari sukan aku,
diganti dengan kampung darul naim

final hari sukan aku,
diganti dengan tiket kapal terbang 'api terbang' (firefly)

final hari sukan aku,
diganti dengan kejakunan terhadap ombak pantai

final hari sukan aku,
diganti dengan menghabiskan masa dengan keluarga hidup mati aku

final hari sukan aku,
diganti dengan gelak tawa orang- orang yang aku sayang


----------------------------------------------------------------------------------




Kadang- kadang kita rasa macam dunia ni tak adil bila kita tak dapat apa yang kita nak. Kita terus menghukum dengan cara memberontak.Contohnya :

'Aqil bengang bukan kepalang lagi apabila ayahnya menempah tiket kapal terbang untuk pulang ke kampung pada hari sukan terakhirnya di sekolah menengah.'

Haha tapi kita manusia bodoh, ilmu kita tak tinggi, cetek. Benak kita tak sampai lagi tahap yang boleh cakap apa- apa yang jadi tu adil atau pun tak. Yang ada kuasa ni, cuma yang kat atas tu je, tuhan maha kaya.

Percaya ah, kalau orang suruh redha bila ada apa- apa yang suwey terjadi, tolonglah ikut/dengar. Redha tu nanti tuhan balas dengan rasa seronok, cuma cepat atau lambat jeh. Contohnya :

'Barulah Aqil sedar bahawa bercuti di tepi pantai di kampungnya lebih hebat berbandinng berjemur berpanas di padang jarak padang terkukur di sekolahnya'

Haha macam aku cakap tadi, kita ni manusia bodoh. kan?






'Keluarga ialah benda yang kita campak untuk kita kejar. Lagi jauh kita campak, lagi jauh kita kena kejar'




April 11, 2010

s.r 289



'Kau Tak paham ke apa aku ajar? Ha amek formula ni, letak kat tiang gol, pegi kejar'
-cikgu akaun, En. Rodzi



HAHA aku tergelak. Tapi maksudnya mendalam sampai terus cucuk hati ni keluar darah memancut macam geiser yang terpancut akibat geseran kerak bumi. heh tengok ah nanti ..

April 08, 2010

'eh nak main wakil skola, kena masuk KDFC eh?'




faris (alypek), reserve, shazril (aceng)

faizul (harimau)

Farid (capt)

Coach Badrulhisham
:
Walaupun lima tahun aku kerja jadi orang gaji rumah dia, aku tak rasa memadai nak balas jasa beliau. Secara peribadi, coach Bad merupakan antara orang yang aku paling hormati. Masa, tenaga, kudrat beliau dah banyak aku rasa. Nanti aku mesti rindu kena jerit, kena fitness dengan coach bad. haha! terima kasih :)

Cikgu Bakar
: Walapun cikgu sekolah, tak pernah berpeluang pun menjalani p&p dengan beliau. Jumpa jeh mesti kat atas padang. Kalau cikgu nak tau, ktorg selalu ejek gigi cikgu, cakap muka cikgu macam man belon ah apa ah. haha! mintak maaf, terima kasih :)

Mohd Shazril (aceng)
: Aku ingat lagi, first time aku jumpa kau, terdetik dalam hati aku, 'poyo betul budak ni, tau ah dah main lama'. haha! ni cerita betul dohh. Masa tu memang tak kenal lgsg ah, nama betul kau pun tatau sebab semua pggl kau aceng. Tapi lama- lama, aku tatau ah kau en, tapi aku rasa kita jadi kawan yang agak rapat. Asal stayback jeh, rumah kau jadi mangsa. Sampai aku ketar- ketar sebab segan nak naik tangga rumah kau tau haha. Ada satu malam tu, tido rumah kau, punya excited bercerita sampai lupa esok ada game kat bukit jalil. Aku suka main dengan kau, tak susah, kepala kau geliga, lagipun kau tau aku barai en ahaha. Tapi frust ah, kita jarang main sekali. Tapi tkpe ah, sku bersyukur ada kawan, teammate macam kau. terima kasih :)

Faizul (harimau)
: Kau lg ah jol, aku ingat lagi kau selalu pegi trening kat kdfc pakai baju kadet bomba. haha! dah ah cooch basri cakap kaki kau macam sayur togue. haha! Dulu masa kita 14, muka- muka tak baligh lagi, kau ah kawan aku paling sakai doh. Buat lawak bodo, main defend kanan, berlagak nak pukul orang jeh tau haha. Aku pun selalu stayback rumah kau, sampai adik kau pun penah sound aku, 'oi jangan nak habiskan nasi rumah ni' haha! aku banyak hutang budi dengan kau, family kau. hehh aku harap tuhan je ah balas nanti. terima kasih :)

Faris (alypek)
: Aku pelik ah dengan kau ni, dulu pendiam nak mampos. dah ah bulu mata lentik, bajet jambu, klaka jeh. haha! Tapi seryes doh, sebab suara kau ah buat aku suka pegi trening. Aku paling ingat time suku akhir bawah- 15 masa chip bagi penalti kat budak KJ. kau dengan nada kecewa jawa kau, boleh jerit 'adoii chipppp!!'. haha masa tu memang takut gila ah, tapi bila pk balik suara kau time tu, klaka nak mati ah. haha. Kau dah ah kuat kutuk orang, orang amek penalti tak masuk kau ejek. kereta bapak orang pudar kau ejek. Kepala shapik yang besar tu pun kau ejek. Kau punya kembung kepala tu kau tak nampak er? hahah! terima kasih :)

Farid (capt)
: kau ingat tak time bawah 14 kau main kene ada duit kat tangan? sampai harini aku rasa sakai kau tau, haha. Orang sibuk pakai stokin, carik tape sume, kau plak sibuk carik duit singgit nak genggam time game. haha pelik- pelik jeh. tapi cne- cne pun aku tetap rasa kau capt terbaik ah doww. aku paling kesian time kau kena balik masa kita game kat bukit jalil sebab atuk kau nmeninggal. kesian kau dah semangat dengan but baru dah, hehh. terima kasih :)

Wan Endon : Dulu memang aku kategorikan kau ni budak bola antara poyo ah, sebab asek menyuruh je keje kau. Bengang plak aku kadang- kadang. haha. Dah ah kau suka nabila awek ayus tu, OPSSS! hahah! tapi sumpah tak tipu ah, kau kaya gle doh wan. aku rasa but- but kau dari f1 kalau recycle, boleh sponsor satu team doh. mana taknya, setahun 6-7 but haha! Kau tak pernah ah kerek dengan aku en bab2 mintak tolg hantar rumah sume ni en. terima kasih ah :)


under 14 (2007)

------------------------------------------------------------------------------------------------


'finish what you have started'

12 :D

Dua belas,
si pemanas bangku simpanan,

suka duka,
kecewa perit,
peluh keringat,
sakit parap,
kita berdua kongsi bersama,
setia kau,
aku puja.

wahai 'junior',
jangan bunuh si dua belas,
jaga baik- baik,
'handle with care',
basuh hari- hari,
jangan biar lemas,
mati dalam beg but.

terima kasih 12,
aku pergi,
tinggalkan kau,
walau jauh,
walau bertukar si pemakai,
ingat aku,
kenang aku.


AM

no more 12



'weh dah nak mati ni aku kena fitness'

'tkpe, ni tahun last kita doh'


2010. kalau kau lahir tahun 1993, tahun ini merupakan tahun SPM kau, tahun akhir kau di sekolah. Pengecualian kalau kau sanggup masuk form 6, memang tahun ni bukan tahun terakhir kau beratur pagi isnin kat tapak perhimpunan ah. haha! Dalam setahun, ada satu kejohanan yang paling aku tunggu- tunggu iaitu kejohanan liga sekolah- sekolah. Walaupun dah beberapa kali sertai kejohanan ni, tapi setiap tahun, kejohanan ni berada di satu tempat yang sangat istimewa dalam diri aku. Aku tak tahu kenapa, kalau dapat wakil negeri sekalipun (yang mana aku tak pernah dapat), aku lebih rela bermain dalam kejohanan ni. entah aku sendiri tak dapat cari jawapan relevan kenapa aku rasa sebigini rupa. Sampai tahun ni aku pernah cakap, 'hidup aku tahun ni, 2 benda jeh yang penting, juara liga skola- skola dengan SPM jeh. Benda lain semua tolak tepi dulu'. Tapi tahun ni persediaan nak hadap liga sekolah- sekolah ni terganggu ah sikit dek kerana 'nazir paladin' yang tak benarkan ktorg trening pagi.


'SMK Sekyen 10, Kota Damansara juara tujuh kali berturut- turut...' -mc



'it defines us completely..'


Seryes tak tipu, menang ni memang buat aku rasa 50% daripada hidup aku tahun ni dah lengkap dah. Walaupun ada mulut longkang yang cakap tak berapa yakin batch ni boleh juara, kami mampu buktikan mereka salah. terima kasih tuhan :) tapi ada betulnya sebab ktorg pun terpaksa berhempas pulas untuk kejohanan ni. Lepas juara ni, secara otomatik, ktorg merupakan wakil daerah petaling utama. Dalam kotak fikiran yang lain, mungkin sudah mula mencongak untuk buat yang terbaik di peringkat daerah. Tapi bukan aku, bola aku dah habis. Takkan ada lagi terma 'trening, game, fitness etc' dalam hiduk aku lepas ni. Aku nekad, ini merupakan pengakhiran aku yang bagi aku satu pengakhiran yang sangat indah tak terkata. Syukur Tuhan. Coach, cikgu, budak bola dan kawan- kawan rapat, terima kasih banyak- banyak. Agenda aku lepas ni, SPM jeh dan aku harapkan pengakhiran yang indah juga menanti aku. insyallah