May 23, 2010

All Right Reserved



s : apakah benda yang paling anda benci teramat sekali?
j : orang yang bernama AQIL!

aku tak suka orang yang nama sama dengan aku. rasa macam di fotokopi doh -.-

orang depan kamera


Hidup atas dunia ni, banyak kemungkinan. Chapter 7 buku teks matematik form 5 yang bertajuk probability tu tak ajar sampai habis pun. Dia ajar setakat layat dapat A+ atas slip SPM jeh. Jadi guna konsep yang sama, apply dalam hidup, cuma ada dua jenis kemungkinan atas dunia ni. Satu kemungkinan yang MUNGKIN terjadi, dan lagi satu kemungkinan yang TAK MUNGKIN terjadi. Dalam masyarakat hari ni, kemungkinan yang mungkin terjadi digelar impian/cita-cita manakala yang tak mungkin terjadi digelar angan-angan mat jenin. Berdasarkan statistik macam bab7 admet, orang ramai lebih tertarik untuk terjebak dalam kumpulan kedua yang sering berangan seperti mat jenin itu. Sesungguhnya, kalau mat jenin itu masih wujud, dia pasti berasa sangat bangga kerana mempunyai pengikut yang sangat ramai. Kalau dia ada laman facebook, sudah pasti bilangan kawan- kawannya sudah melebihi had. Aku mungkin salah seorang kawannya yang berjuta itu.

Sebenarnya aku nak bgtau apa yang terlintas dalam otak aku masa aku tonton TV petang tadi jeh. abaikan lah yang atas ni hahah. Tau tak bulan ni kat astro citra merupakan bulan nasha aziz? jadi petang tadi aku sempat tgk 'Cinta Luar Biasa'. Berikut yang muncul dalam benak aku lepas bebrapa jam cerita tersebut habis.


kalau ic aku bermula dengan nombor 8, kemungkinan aku dah berumur 20+ sekarang ni. Aku pula merupakan anak kepada seorang seniman negara, contohnya anak A.R tompel lah contohnya. Kemungkinan aku untuk mengikut jejak langkah beliau semestinya sangat tnggi. Jadi lepas habis sekolah, 'ayah' aku sering bawa aku ke set pengembaraan. Kat situ aku lihat/belajar cara- cara nak jadi pelakon yang hebat. Lama kelamaan aku berjaya menjadi seorang pelakon yang hebat. Aku mula disebut-sebut sebagai pengganti ayah aku. Pepatah seperti 'ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi' sering aku dengari dari mulut orang ramai yang maca tempayan tu. Tapi aku peduli apa, aku dah jadi bintang waktu tu HAHA! banyak anugerah yang aku gondol, antaranya pelakon lelaki terbaik, artis terhensem, artis paling sombong dan banyak lagi lah gamaknya. Satu hari aku ditawar untuk berlakon sebuah filem. Dan lebih menarik, pengarahnya merupakan kawan baik ayah aku. Jadi aku diberi peluang untuk memilih watak heroine yang bakal berganding bersama aku. Dengan sepantas kilat aku memilih/menjawab,
'NASHA AZIZ' (sambil berdiri di atas meja makan krew2 penerbitan ketika itu)


aku tak tahu mana lebihnya dia dengan orang lain (doi dia nasha aziz kot -.-) tapi aku suka tengok dia. haish Laila Isabella :)




ERT




hari sabtu lepas, aku sedar aku sambut hari guru terakhir. aku juga sedar kemungkinan aku terpaksa sambut 'hari bernafas terakhir' aku kalau dah tertulis qada' dan qadar aku hayat aku berakhir atas jalan raya. tuhan maha kuasa kan? siapa sangka hajat 'hari ni aku nak makan big mac dekat mcd' boleh bertukar dengan 'tuhan, tolong lah kurangkan kesakitan hambaMu ini'.

ni aku jumpa dalam dictionary rempit :

bawak laju + motor tkde brek tangan = nah, 5 jahit di dagu. luka di lengan yang menjanjikan parut smpi mati dan juga lebam teruk di peha kiri.

nasib baik lah tuhan amek sikit jeh nikmat dari hamba Dia yang kufur ni. kalau bnyk lagi? macam mana kalau tangan tklei guna smpi mati? macam mana kalau fungsi kaki ni diganti dengan tongkat? sumpah tak tipu, takut dohh.

tapi kan (ni ada unsur maksiat sikit), dulu smpi sekarang. aku tatau kenapa. sampai dekat perempuan, yang pertama skali aku nampak ialah pipi dengan dagu mereka. bagi aku pipi tinggi, dagu panjang + tajam, perempuan tu lawa :D tapi macam mana nak yang lawa kalau dagu sendiri dah macam lanun?


gambar sekadar hiasan*

ohya, semasa seseorang sedang mengerang kesakitan, sangat tidak menyenangkan apabila inbox mereka dipenuhi soalan seperti 'weh hidup lagi?' atau 'berapa jahitan :D' (BERSERTAKAN SMILEY NI KE? YA!). sedar atau tidak, jarak hidup dengan mati taklah jauh sangat wahai kawan- kawan.