September 25, 2012

Addmath paling susah



Perempuan itu, Islam agamanya, Melayu bangsanya. Tapi dari lagaknya, penampilannya, tidak langsung punya ciri-ciri ini.

Jalannya kengkang
Bajunya singkat
Rambutnya karat
Skirtnya atas lutut

Juga puntung marlboro di mulutnya.

Masyarakat?

'Perempuan ini bawa sial!'
'Neraka lah tempat betina ini!'
'Celaka! Rosak agama!'
'Sundal!'

Hekeleh

Perempuan tadi, masih punya ruang untuk berubah.

Masyarakat pula, akan terus berada di dalam ruang yang sempit. Enggan memberi peluang, enggan memberi harapan.

Siapa bodoh, siapa rugi, siapa celaka?

Pahala - Dosa = +ve (Syurga)
Pahala - Dosa = -ve (Neraka)
Pahala - Dosa = 0 (?)

Kerja tuhan ni, biar Dia buat. 


Astro


Kau Power!

Dunia
Perasaan
Mood
Fikiran
Perbuatan 
Keputusan
Prinsip

Berubah dalam sekelip mata

Ya, sekelip mata

Macam kau pegang remote astro
Tukar dari gambar 104 jadi 811

Bukan salah kau
Aku yang mengada
Bagi kau remote astro tu kenapa?

August 26, 2012

Makin Tua


Semenjak dua menjak ini, aku semacam keliru
Keliru sama ada betul atau tak reaksi aku untuk sesuatu perkara.

Sembahyang makin tak khusyuk
Tanggungjawab dengan mak ayah makin kusut
Hubungan manusia dengan manusia makin celaka.

Ini belum sentuh hubungan aku dengan benda tak hidup lagi
Yang tak kena depan mata aku, semua aku sepak terajang.

Letih, penat
Sumpah tak tipu.

Sial.




May 22, 2012

The Great Alex (TGA)


'Ha?'
'Alexander bukan Zulkarnain?'
'TGA? Bukan GTA ke : Grand Theft Auto?'
'Ke TGI? Aku lapar ni.'

*krik krik krik


The Great Alex (TGA) merupakan satu band yang diasaskan oleh Eddie (Lead Guitar) dan Fadhli (Bassist), pelajar-pelajar UiTM Arau, Perlis. Mereka kemudiannya memanggil Razif, kawan lama Fadhli untuk menjadi vokalis band ini, memandangkan Razif ini punya suara yang sedap untuk didengar. Selepas itu.... 

Tak, sebenarnya aku bukan nak tulis profil band ni dekat sini. Bukan. Nak tahu lebih lanjut, boleh check facebook mereka :  http://www.facebook.com/thegreatalexband


Tujuan aku tulis entri ini ialah untuk berkongsi serba sedikit pengalaman mereka + aku(Yang datang menyibuk sebenarnya) dalam pembikinan untuk me-record dua single kami (Boleh lah kan guna 'Kami' kan? Please, kasihan budak menyibuk ni) Memandangkan waktu siang semua sibuk bekerja/belajar, kami ambil keputusan untuk ke tempat recording pada waktu malam. (Para pelajar diploma UiTM sedang bercuti sekarang, itu pasal kami kerja, bukan dismiss ya!)

Jadi malam itu sebenarnya agak lambat kami tiba di tempat recording tersebut, Big A Production namanya. Aku, selaku budak paling batak, memang tak boleh berhenti membayangkan apa rupanya keadaan 'recording studio'. Sampai di sana, rupanya ianya sebuah rumah! Aku tak sedaif itu untuk fikir semua recording studio dibina di dalam rumah, lain orang lain tempat. Cuma bosnya, Encik Anthony mungkin lebih selesa untuk bekerja di rumah beliau sahaja. 


DANG !


Siapa sangka rumah teres dua tingkat itu punya satu bilik studio yang super awesome! (Dan bila aku tambah perkataan 'super' sebelum perkataan 'awesome', aku tidaklah sedang exaggerate) Melihat equipment yang ribu raban pun aku dah rasa nak keluar, aku ni dahlah yang jenis cemerkap, mahu tersepak kaki stand tempat letak gitar tu, siapa nak bayar? Aku nak beli nasi lain selain nasi bujang pun tak berani, ini kan pulak 7-8 gitar Gibson, Fender, Santa Cruz bagai tu.

Proses me-record ini adalah sangat panjang. Dua buah lagu memerlukan 6-7 jam. Mungkin kami yang baru first time, banyak kesalahan yang dapat dikesan, harus di-record berulang kali. Tapi kalau betul proses ini juga dialami oleh semua artis, mungkin aku rasa dah sepatutnya kita berhenti beli cetak rompak. Gila woi, penat yang teramat woi recording session ni, baru 2 lagu, kalau satu album? Ini baru album, belum tahu lagi macam mana proses bikin filem. Serious bro, cetak rompak? Gentle lah stop cetak rompak bro, jom? 



Dini on Drum!


Razif, the vocalist.

Ali(baju hitam), pemain bass. Nampak budak menyibuk tu? *Haa duduk dekat dengan bassist lah kalau dah tak tahu chord.


'Barai betul bunyi recording korang'
'Memang'
'Bersepah betul cara korang main'
'Haah, tahu.'
'Lemau gila lagu korang'
'Tu lar pasal'
'Sampah!'
'Ya, memang sampah'


Jangan peduli. Orang/manusia, sampai kiamat pun tak akan berhenti bercakap. Relaks, keep calm and sing it rock & roll bak kata abang myo, yang penting kita buat apa kita suka.

Ohya, siapa nak check out lagu, boleh usha di facebook seperti di atas!





Ps: Kadang-kadang kita tak akan faham apa yang orang lain juangkan, sampai kita betul-betul dalam situasi mereka, exactly in their shoes.

Pss: Aku post entri ni sebab boleh jadi ini akan jadi pengalaman yang tak boleh aku lupa sampai bila-bila. Terima kasih kepada yang memberi ruang dan peluang.

April 18, 2012

Semalam


Semalam aku tanya,

'Eh kalau aku jual hati aku, kau nak beli?'
'Entah'
'Aku jual murah je ni'
'Boleh lah kot'
'Betul?'
'Betul, boleh tambah koleksi hati-hati yang aku dah ada ni'
'Untuk tambah koleksi je? Tak lebih?'
'Ya, itu je yang aku mampu. Sorry'

  
Celaka.

Tapi biar aku ingatkan
Persembahan ini belum habis
Hero kali ini mesti kalis peluru 'tidak'
Kau nak ke orang bakar panggung
Bila tahu hero lembik?

Tak. Hero belum mati.

Relaks. Habiskan popcorn dulu.



P/s : 'Tidak' kau tu macam semut lalu je atas kasih aku. Sekali aku pijak, mati!

 

March 24, 2012

Paling dalam


Tampak keras
Kalau disepak pun macam tak rasa
Kalau diterajang pun mungkin tak sakit.


Tapi aku tahu
Dalam kepala budak tu
Ada rasa, rasa yang paling dalam.


'Weh tolong teman aku. Aku takut'


AM. 
Isnin, 9.00 pagi
Bilik/Depan cermin

POL 2.0 VS BOL 1.2



*POL = Politik. BOL =Bola.


Apa persamaan kedua-duanya?
Bukan cara dimainkan.
Bukan cara dipromosikan.
Bukan cara dipropagandakan.
Bukan cara diadili.


Strategi dan taktikal memang langsung tiada kaitan.


Tapi kedua-duanya ialah alasan paling bangang untuk diguna pakai oleh manusia untuk memulakan satu sesi maki-hamun, kutuk-mengutuk, keji-mengeji. Lebih dahsyat, sesi sepak terajang, bertumbuk dan sebagainya.


Kod Kursus : BOL 1.2

Skop silibus: Pembelajaran mengenai penanaman sifat kesetiaan yang paling mendalam kepada pasukan kegemaran yang darinya terlahir pelbagai nilai positif dan negatif dalam diri seseorang.


'Kau apa? MU ke Chelsea?'
'MU'
'haa kau dengan setan-setan merah kau dah boleh masuk neraka jahanam! ini tempat Chelsea!'
'Eleh, Chelsea freemason lah! Lambang Singa! Buta ke apa babi?!'


'Mung sek mano? Klate ko Selangor?'
'Saya sokong Selangor bang'
'Mung duk jauh sikit ah, aku dop buleh sangat duk dekat sek demo. Panah!'


Kod Kursus : POL 2.0

Skop silibus: Pembelajaran mengenai cara-cara memanipulasi orang lain dan juga diri sendiri untuk menerima dan menyebarkan idealogi, persepsi atau dakyah yang boleh merealisasikan kepentingan sebelah pihak.


'Jangan salahkan kerajaan bila harga minyak naik. Kita terpaksa kerana bekalan minyak kita tidak mencukupi.'
'Bagi hak royalti minyak kami!'
'Tak ada negara yang mahu bebankan rakyat mereka (kenyit mata), tapi kami terpaksa untuk tampung pelbagai kos mengimport minyak dari luar.'
'Bagi hak royalti minyak kami!'
'Royalti apa lancau?!'
'Ah dasar kerajaan pukimak! Kau makan lah duit haram rakyat, sumbat dalam perut anak bini kau! Esok lusa bila besar semua jadi babi!'


Nampak? Perasan?


Ali lepak di kedai mamak, tonton perlawanan BPL, ramai-ramai. Ali penyokong tegar Manchester United, Abu pula Arsenal. Sebelum perlawanan bermula, mereka bergurau, habis pecah sunyi malam itu dengan tawa mereka. Meja di sebelah turut tersenyum melihat gelagat mereka. Secara mereka tak sedar, mereka telah mengajak orang lain, turut sama meraikan lawak bodoh mereka. Malam itu Manchester United 2, Arsenal 1. Ali panggil Abu loser. Abu tunjuk jari tengah. Ali cakap relax. Abu cakap pergi mampus. Kesudahannya, 2-3 meja terbalik, pekerja kedai mamak memaki hamun mereka dan mereka pula tidak pernah bercakap sampai hari ini. Yay! Mari raikan kebencian ini!


Oh, tidak lupa. Persatuan kucing yang paling untung malam itu. Banyak roti canai bertaburan di lantai buat mereka kongsi bersama anak bini. 














'Banyak rasa yang boleh kita letakkan antara kita dengan orang lain. Kenapa pilih benci?'





February 06, 2012

Outstation


Malam tadi aku dan Zara lepak bersama di beranda kondominium milik aku. Macam biasa, kami sama sama pekena bong sambil mendongak ke atas melihat bintang-bintang di angkasa. Malam itu, indah betul tuhan susun bintang-bintang di papan langit sana, seakan merestui aktiviti terlarang kami. Zara pula sedang bersandar pada bahu aku sambil kami bertukar-tukar cerita. Kadang-kadang dia berpaling ke arah aku, sekadar untuk melemparkan senyuman yang paling manis atas muka bumi ni. Ah senyuman itu, syurga sebenarnya!


Zara beritahu aku mungkin lusa dia akan berangkat ke langit, katanya ada kerja hendak dibereskan sambil dia menunjuk ke arah salah satu bintang. Walaupun aku tak pasti bintang mana yang dia tunjuk, aku anggukkan saja seakan faham dengan tuntutan kerjanya. Aku tahu, di atas sana terlalu banyak malaikat yang lebih macho dari aku. Aku tak mahu kehilangan Zara, lagi-lagi pada malaikat berambut blonde, lagi disaster! Tapi mahu tak mahu, aku lepaskan juga dia. Selepas Zara berangkat, kadang-kadang aku ada hantar juga pesanan ringkas padanya guna si burung tua, tapi tak ada respon. Mungkin burung biru ini sesat gamaknya.


Selepas beberapa minggu, Zara kembali semula ke bumi. Pada waktu itu aku ialah manusia yang paling bahagia atas dunia ini sampai aku rasa perkataan 'bahagia' waktu itu hanya berhak dimiliki untuk aku seorang aje. Apabila cukup rapat dengannya, aku peluk dia sekuat-kuatnya, tapi aku dapat rasa yang pelukan aku langsung tak dibalas. Aku tenung mukanya, kelihatan muram. Aku tanya kenapa. Dia diam. Aku tanya lagi 'Why?' Aku risau kalau kalau dia dah tak faham Bahasa Melayu, jadi aku gunakan Bahasa Inggeris, bahasa internasional. Dia kata pada aku, jangan cari dia lagi. Aku tanya kenapa. Dia tunjuk jari telunjuknya ke atas.




Aduh, sah dia dah jatuh cinta pada malaikat berambut blonde tu!


Damn!



January 01, 2012

Tembak Langit


'Bye 2011, Hai 2012'



Tipikal. Sangat tipikal.

 Aku tak mahu membebel tentang azam apa yang patut diazamkan oleh golongan belia macam aku atau apa yang patut dilakukan oleh golongan belia macam aku untuk majukan negara ini. Sebab sekarang pun dah pukul berapa, kepala aku pun dah tak mampu nak generate apa yang aku patut taip di sini. Anggap saja aku memblog dan masih berjaga waktu ini kerana terlebih pengambilan kafein petang tadi. Dahlah Manchester United kalah, dahlah dompet hilang sekejap tadi, dahlah ditinggalkan di rumah sorang-sorang malam ni, dahlah dahlah dahlah...

'2012 dah pakat boikot nak kenakan aku'

Pedulikan aku. Sekarang mari balik ke sebab sebenar aku mewujudkan entri ni.


-Kenapa orang sambut Tahun Baru? Sejak bila ia diiktiraf sebagai satu perayaan?

-Kenapa mesti ada bunga api?

-Kenapa mesti ada azam baru pada tahun baru?

-Kenapa mesti main spray-spray tu?

-Kenapa...erm kenapa...kenapa apa lagi eh? Aku tak tahu, tapi aku tahu masih ada 'kenapa' lagi.




Dah 18 tahun hidup, eh 19 sebenarnya (Sori, tahun baru, gua belum biasa lagi) aku tak atau belum pernah lagi berpeluang nak merasa sambutan Tahun Baru di luar rumah. Maksud aku, aku tak pernah lagi keluar ke spot-spot yang menjadi sasaran orang ramai untuk menonton pertunjukan bunga api, atau pun persembahan dari artis-artis terkenal. Aku tak tahu kenapa, tapi aku semacam tak ada semangat, mungkin ada, tapi tak semarak orang lain untuk bersama-sama meraikan tahun baru dengan menonton pertunjukan bunga api dengan perasaan penuh jakun. Jadi, semenjak 19 tahun yang lalu, kala aku tidak bersama yang lain di luar, aku berfikir dan cuba menjawab soalan-soalan di atas (okay aku tipu. Aku baru terfikir benda ni setengah jam yang lampau). Aku cuba tak mahu selitkan unsur keagamaan di sini, tapi korang pandai fikir kan apa agama kita nak kan?



Kenapa orang sambut tahun baru?


Memandangkan aku tak pernah berpeluang menikmati sambutan ini, jadi aku tak pasti apa yang mereka mereka yang menyambutnya cari atau apa tujuan mereka sambut tahun baru. Jadi untuk jawab soalan ini, aku cuba letak diri aku dlam diri mereka-mereka yang keluar menyambut sambutan ini. Pada aku, mungkin mereka keliru atau tak tahu apa yang mereka patut buat pada malam terakhir tahun itu, jadi mereka ambil keputusan untuk habiskan masa di luar rumah. Itu hunch yang pertama, yang kedua, aku rasa siapa yang menyambut tahun baru mungkin kerana mereka kecewa dengan prestasi hidup mereka pada tahun tersebut. Mereka mungkin mahu tamatkan diari hidup mereka pada tahun itu dengan cuba berseronok di luar untuk melupakan segala yang mengecewakan pada tahun itu. Sebab itu ada yang guna arak, dadah, kondom dan sebagainya. Ini mungkin salah satu usaha mereka untuk hilangkan rasa kecewa mereka. Tapi masing-masing pandai fikir kan baik buruk?


Kenapa mesti ada bunga api?


Haa yang ini agak susah, kerana aku betul-betul tak tahu nak jawab macam mana. Jadi aku minta pertolongan encik Google. Mulanya aku semacam tak mahu tulis di sini, sebab biasa lah kadang-kadang kebenaran macam susah sikit untuk kita telan. Tapi encik Google beritahu yang idea pertunjukan bunga api ini dipengaruhi oleh amalan dan kepercayaan manusia purbakala yang percaya kuasa api dan cahaya mampu melawan kuasa jahat. Jadi, amalan ini jika difikir semula boleh jatuh dalam kelompok kepercayaan yang bukan-bukan atau dalam bahasa Islamiknya, khurafat. Aku sendiri tak pandai nak hurai perihal ini, mungkin boleh tanya imam muda Asyraf untuk lebih faham mengenai perkara ini.




Kenapa mesti ada azam baru untuk tahun baru?

Ini bukan hal besar, bak kata orang putih, it's not a big deal. Konsepnya sama sahaja, bila pindah rumah baru mesti nak perabot baru kan? Jadi bila angka tahun dah berganjak pada nombor yang baru, mungkin kita turut tergerak sama untuk pasang impian/harapan/cita-cita yang baru. Aku rasa ini ialah benda yang paling positif tentang tahun baru.


 

Kenapa mesti main spray-spray tu?


Yang ini antara yang paling senang, tak payah fikir pun boleh jawab. Permainan ini mungkin sebenarnya dikhususkan untuk budak-budak yang dah ikut ke tempat pertunjukan bunga api, rasa bosan, lalu mereka mainkan permainan ini bersama kanak-kanak yang lain untuk kill the time. Rasanya ini lah kot jawapannya. Kalau ada yang dah berumur juga main permainan ini, hmmm no komen? ehee






Jadi ini pandangan aku, salah seorang remaja yang tak keluar ke mana-mana untuk menyambut New Year. Aku tak cakap pandangan aku betul, mungkin ada yang salah, atau mungkin semuanya salah. Aku bukan malaikat, cuma seorang remaja yang poyo nak kupas isu-isu macam ni haha!






P/s: Mereka yang beragama katholik beranggapan 1 Januari setiap tahun perlu diraikan untuk menghormati Virgin Mary. Opsss!