September 29, 2011

Muzium Karut


'Bangun pagi, gosok gigi..~'


Mengantuk nak mampus!
Memberontak, membantah habis si jiwa
Enggan terima hidup yang ini.

Tapi aku kerdil
Aturan dunia bukan lawanku.

Mahu tak mahu
Aku paksakan saja si roh
Bangun bergabung bersama si jasad.


Melayang, melayang, melayang..


Ayah
Aina
Aisyah
Rumah
Bilik
Kereta buruk warna silver
Kawan lama
Sekolah
Subway
Manchester United
COD
Syera


Tak tahu dari mana datangnya
Semuanya bagai berjoget dalam benak
Ah, buat aku rasa sangap
Aku mahu balik masa itu
Mahu yang sangat maha!
Sesaat sahaja pun sudah memadai
Aku guna senikmat yang boleh
Aku janji!


Depan sana ada bilik pegun
Dindingnya cukup jernih
Membenarkan zat si mata melihat isinya
Ada lelaki di dalamnya, berdiri membelakangiku
Sedang ternikmat apa yang aku mahu tadi

Bangsat!
Aku mahu masuk!

Ke kanan, ke kiri
Ke depan, ke belakang
Aku jumpa pintunya
Warna hijau
Tak mampu tembus
Terlalu erat kuncinya.
Lelaki di dalam menoleh ke sini
Tersenyum, nampak lesung pipit.


'Eh, itu aku!'


Sumpah, tak tipu!

Si 'aku' di dalamnya menunjuk sesuatu
Ada satu papan
Tulisannya yang cukup jelas :

-Muhammad Aqil Muaz. 1993-2010 (PUPUS)-

Ya
Ini hukum masa
Aku seorang pesalah
Dan kini sedang dihukum
Dirasuah bulan bintang  secakerawala sekali pun
Dia tak mahu bergerak ke belakang.






P/s : Aku kena ikut rentak ini!





September 23, 2011

Pecah mulut


Ini betul pecah mulut atau dalam bahasa doktornya, 'ulcer'. Bukan pecah mulut seperti yang dianjurkan oleh pepatah bahasa Melayu yang bermaksud pecah rahsia tu. Banyak punca yang boleh disabitkan dengan penyakit ini, antaranya ialah tergigit, menggosok gigi terlalu kuat sehingga mencederakan dinding dalaman mulut, kekurangan pengambilan air dan sebagainya.

Ketika ini, aku sedang mengalaminya.

Semalam sahaja aku mengalami beberapa mimpi pelik. haa yang ini aku tak berapa pasti apa puncanya. Rasanya aku tidur pukul 10 semalam, jadi rasanya tak timbul isu tak cukup tidur kat sini. Nak kata tak basuh kaki, aku semacam susah sikit nak terima nasihat orang tua ni. *maaf ya orang tua, saya bukan taknak percaya cuma dunia saya terlalu angkuh untuk percaya itu. maafkan saya ya?

1) Aku bermimpi aku membunuh saudara aku menggunakan screwdriver.

Gila bukan? Aku benar-benar keliru dengan mimpi ini. Aku tak pasti apa sebabnya sehingga aku tergamak membunuh beliau. Seingat aku tiada pula rasanya dendam kesumat aku kepadanya, marah, sakit hati pun tiada. Mungkin dulu ada lah sebab dia tak bagi aku main layang-layang dia. Tapi aku dah lupa dah pun pasal tu, layang-layang tu pun dah hancur ditelan zaman agaknya.

2) Aku bermimpi aku beromen dengan seorang..... LELAKI!

Yang ini benar-benar gila. Aku mahu mencari satu perkataan yang lebih gila dari perkataan 'gila' untuk menggambarkan situasi ini tapi tak jumpa. *Harap Dewan Bahasa dan Pustaka lebih gigih berusaha untuk mempelbagaikan kosa kata golongan belia seperti aku ini. Mungkin semalam aku ada menonton cerita 'love & the other drugs'. Ya, cerita ini punyai lambakan babak lucah, mereka pertontonkan puting Anna Hathaway macam tunjuk ibu jari ketika menunjuk isyarat bagus je. Tapi kalau ini puncanya, tak adil lah sebab
Jake Gyllenhaal dapat menikmati keenakan tubuh si Anna Hathaway di atas ranjang, tapi aku bersama lelaki? Dahlah lelaki yang tak dikenali. Aku benar-benar rasa murah semalam. Sesungguh-sungguh malunya. Tuhan marah barangkali aku tonton 'aurat ekstrem' si heroine tersebut.

Tertekan betul aku fikir pasal mimpi-mimpi ni. Mahu sahaja aku google maksud-maksud mimpi ini, tapi macam bangang je result nya.
Serabut betul jumaat aku kali ni, mujur aku tak guna alasan ini untuk tidak mengerjakan solat jumaat tadi kalau tak bertambah kusut aku nak tanggung dosa ponteng solat jumaat.



ahhh.. hari jumaat yang kusut!


p/s: Ulcer boleh buat hidup seseorang menjadi tidak keruan. Based on true story.





September 16, 2011

Persembahan kodi


Dingin mencucuk-cucuk tubuh kering milik si tuan
Dikebalkan saja rasa ini
Tak mengapa diseksa
Sengaja dikerasakan rasa keterujaan
Teruja untuk menanti figura-figura itu bergerak
Di atas pentas tumpu itu.

'Haa, itupun mereka!'

Satu demi satu naik ke gelanggang ini
Semuanya bertelanjang habis
Terbogel masing-masing
Tiada seurat benang pun yang mengulit
Yang melekat di badan mereka cuma seni
Seni yang cuba mereka zahirkan seikhlas hati.

Tak boleh ke kamu hargai?
Tonton, dengar saja seni ini
Kenapa bising sangat?
Sibuk benar berdagang loyar itu ini
Kamu juga mahu lacurkan bakat ya?

Jangan risau, masa kamu akan hadir
Bersama di sisinya peluang buat kamu.

Sekarang tolong senyap
Jaga peradaban kalian
Figura-figura itu sedang beraksi.



AM
Dewan Seri Iskandar, 'Drama part 2'

September 13, 2011

Suara Merdeka


Malam tadi pertandingan karaoke
Lelaki lagi menang nampaknya.

Setiap tahun
Gayanya memang serupa
Sekumpulan anak merdeka
Bertaruh kemerduan suara mereka
Di atas pentas meriah itu.

Apa kata kita tukar konsepnya
Dari suara longlai gelimat
Kita keraskan sikit dengan ketegasan
Tunjuk betapa kuatnya suara anak merdeka ini
Tunjuk betapa kasihnya negara ini
Jadikan ini medan 'perang' moden.

Kenapa berat mahu jerit sekuat hati ketika ini?
Keluarkan segala kusut ini
Tunggu apa lagi?
Nak tunggu mulut ini dibisukan penjajah lagi?
Kenalkan pada mereka
Sebetulnya bunyi suara merdeka ini
Beritahu mereka
Suara ini berhak didengari, dipertimbangkan.

Suara lunak kau tak janji apa-apa
Mungkin lunaknya akan diingati seketika
Buat peneman sang pendengar di alam mimpi
Tapi esok?
Berapa kerat lagi yang terngiang suara itu?

Atau 'suara merdeka' ini
Memang tak akan punya ruang peluang
Untuk didengar
dipertimbangkan?


AM