December 27, 2009

Tropicana Suwey

*dinner

haha satu malam yang baru, pertama kali dialami. selalu tengok dalam televisyen jeh, tak pernah terfikir pun nak cuba alami. Tapi semalam teralami pulak haha! terima kasih kepada usaha keras mati syawal yang bagi semua orang peluang untuk merasa majlis yang digelar 'prom night'. tahniah mungkin perkataan yang sesuai ah untuk usaha kau ni.

Secara logik, ni bukan lah kali terakhir aku akan melihat wajah- wajah mereka. memandangkan rumah dekat- dekat jeh, paling jauh pun Kota Damansara haha! Tapi jujur, kehilangan tu bakal terasa ah. aku hilang 'cikgu akaun', 'dewa akaun', 'ckgu admet', dan sebagainya. hehh.




:')

December 18, 2009

Malaysia Tanah Airku



Sekarang aku pasti, semua pengarang akhbar tempatan yang ditugaskan untuk mengisi slot sukan sudah menyiapkan tugasan mereka. Aku juga pasti, berita di bahagian belakang sekali kemungkinan besar bertajuk, 'PENANTIAN 28 TAHUN BERAKHIR' atau 'MALAYSIA JUARA!' atau pun 'EMAS UNTUK BOLA'. Keesokannya, bagi mereka yang tidak menonton perlawanan bola sepak semalam, tidak kira tua, muda atau kanak- kanak yang membelek bahagian ini semestinya akan terpesona, terpaku, terperanjat dan sebagainya. Kemudian beberapa saat selepas itu, perasaan bangga mula timbul apabila menyedari alamat rumah masing- masing diakhiri dengan perkataan yang sama, iaitu Malaysia.



Tua : 'Lama betul aku tunggu, akhirnya'.
Muda : 'Eh mana kasut bola aku eh? ingat nak main bola balik lah'
Kanak- kanak : 'Mula dari hari ini, korang semua mesti panggil aku Zaquan!'



Senario yang terjadi mungkin berbeza, jika keputusan bola sepak semalam berpihak kepada pasukan lawan.



Tua : 'haha aku dah agak dah. Biudak- budak ni semua kena bayar lah'
Muda : 'Main bola kat Malaysia ni, mana boleh cari makan'
kanak- kanak : 'Bagi aku main lagi bagus'



Kalau sifat lebih kurang macam ni lah yang ada dalam semua jiwa mereka yang hafal lagu 'Negaraku', aku pasti jika ada kalangan kita yang boleh main macam Messi pun akan duduk hisap rokok je satu hari nanti. faham tak?




November 11, 2009

Piramid Singa


Tulus jujur dari hati yang luhur ni, sumpah layan sungguh bersuka ria di sunway lagoon. Selain rasa pening kepala, penat sebab menghabiskan tenaga, rasa macam nak nangis, rasa macam nak tergelak sampai tahun depan dowwww HAHA!


Walaupun masa perbincangan asyik meninggi suara, memaki hamun, tekanan melimpah namun akhirnya tuhan beri hidayah untuk menghabiskan segala usaha 'along' (atiqah) yang mengutip duit dalam kelas aku ke sana. Lupakan bagan lalang, lupakan bowling di cineleisure, lupakan segala- galanya.



October 24, 2009

cantik berseri- seri


'weh panasnya Malaysia, nak ke mana lagi?'

'entah, rumah si dia dah gerak belum?'

'belum'

'tunggu apa lagi? nak tunggu rentung kat sini baru nak gerak? dah jom!'



-------------------------------------------------------------------------------------------------



percayalah, pergi beraya bertandang rumah orang lagi puas daripada dapat selesaikan semua soalan addmath yang ada dalam buku teks. pengorbanan dan usaha yang lebih gigih sangat dituntut. untuk membuat addmath, pegang pensel 2B kat tangan, ada kertas conteng, sebuah kalkulator tanpa ubahsuai, semua boleh buat (insyallah). dibandingkan dengan berjalan beraya, lebih hebat versi ceritanya, lebih panjang perjalanannya. kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. jika benar, mungkin tidak ada formula untuk mengira sudah berapa luas pemandangan aku setelah beraya ke sana ke mari. haha! masalah pengangkutan, kebenaran ibu bapa, dan lain- lain isu adalah antara masalah yang perlu diselesaikan sebelum berdiri di hadapan rumah orang dan menjerit, 'assalamualaikum, kami datang nak habiskan kuih dan duit raya makcik!'.


dari rumah bawah tanah sampai rumah di puncak gunung, semua kami masuk. penatnya mungkin sama dengan kepenatan yang dialami oleh azizulhasni awang selepas berkayuh dari perlis hingga johor. penat yang tak terkata. jika satu tangki air milo atau 100+ ditogok ke dalam mulut kami juga mungkin tidak dapap mengembalikan kudrat kami. muka- muka kami pula sememangnya sudah dibina dengan 'tembok besar china', semua tak tahu malu. haha! sampai satu tahap, aku rasa perlu ada penghormatan atau anugerah untuk orang- orang yang aktif beraya ni.


berpeluh, mengumpat, bergelak tawa. semuanya menjadi indah di bawah matahari ketika berjalan raya. mungkin jika hujan, keadaan akan menjadi sedikit dramatik dan lebih romantik. hahah!


jadi, jika semua masih panjang umur, murah rezeki. ambil tips ni untuk digunakan pada raya tahun hadapan :

(PERHATIAN : berikut berdasarkan pengalaman hidup sendiri)


1. Jangan pergi ke rumah rakan anda apabila kedua orang tuanya tiada di rumah. hal ini kerana ianya dapat menimbulkan syak wasangka dari pihak ibu bapa.


2. Berjalan kaki lebih baik berbanding menaiki sebarang jenis pengangkutan. aktiviti seperti mengumpat, bergosip, bergelak tawa ketika berjalan kaki dapat merapatkan silaturrahim dengan rakan- rakan.


3. Jangan bawa rakan anda yang banyak ngomel kerana ini akan membebankan anda.


4. Apabila di rumah terbuka, banyakkan makan dan kurangkan minum air. Air yang banyak di dalam perut anda membuatkan anda penat dan lebih kerap ke tandas.


5. Perbaikkan diri anda untuk bercakap dengan semua orang kerana mungkin orang tersebut mungkin mempunyai anak perempuan yang cantik. ini penting! hahah!


6. Jangan buat muka apabila anda tidak menerima sebarang sampul sebelum pulang. ini hanya menunjukkan anda seorang yang tidak matang.


7. dan sebagainya...



------------------------------------------------------------------------------------------------
'terima kasih mama sebab layan kawan- kawan adik tadi'

'sori tau mak, tadi kawan- kawan adik ramai datang rumah'

'lepas semua balik, adik tolong ibu kemas tau, ehee'
:')

'pagi yang gelap, kini sudah terang'

September 22, 2009

raya teknologi



(sambil melintas di hadapan kedai kad)

ayah : dah tak laku kad raya sekarang

aku : tu ahh

ayah : orang sekarang semua hantar message je, email ke



satu ketika dahulu, menjelang aidilfitri, abang-abang posto cukup gembira kerana khidmat mereka sangat dituntut dan dihargai oleh orang ramai. si anakanda yang berada di bandar menghantar kad raya kepada ibu bapa di kampung, si romeo pula menghantar kad raya kepada si juliet dan si sahabat pula menghantar kad raya kepada si sahabat lain.


tapi kini, arus teknologi berkembang dengan maju sekali. tiada siapa dapat sangkal, tiada siapa dapat nafikan. jika dulu kad raya menjadi perantaraan, sekarang sudah pupus golongan yang gemar menghantar kad raya. bagi mereka, lebih mudah hantar pesanan ringkas, lebih senang sekadar menghantar e-mail. si abang- abang posto pula hanya duduk menghisap rokok mereka.


aku suka kad raya, aku rindu kad raya


bayangkan, taipkan sahaja perkataan- perkataan atau ayat- ayat gramatis yang disaluti dengan perisa coklat lazat atau perisa strawberry yang mengiurkan di keyboard komputer atau di keypad telefon bimbit anda. seterusnya, tekan butang 'send', atau gerakkan tetikus anda pada perkataan 'send' dan tekan perkataan itu. nah, anda akan menerima laporan, 'message delivered' atau 'message sent' di skrin monitor anda. di samping itu, untuk memudahkan lagi kerja anda, simpan message yang anda hantar tadi, foward pula kepada sahabat lain atau ahli keluarga yang lain. semudah mengira 1 hingga 3 bukan? selapas itu, anda akan dapati, berpuluh- puluh saudara- mara dan juga rakan- rakan anda mempunyai 'pesanan raya' yang sama daripada anda. ohya, sebelum itu, pastikan anda mempunyai baki kredit yang mencukupi.


cerita kad raya pula, mempunyai sedikit kelainan. benar, isinya tetap sama. namun, jika kita lihat perjuangan mereka untuk menghantar kad raya, agak ketara perbezaannya dengan situasi untuk menghantar 'pesanan raya'. tenaga mereka dikerah kerana terpaksa merentasi pelbagai halangan untuk membeli berpuluh- puluh kad raya di berpuluh- puluh kedai kad. untuk menambah keperitan mereka, ketiadaan kenderaan untuk membawa mereka ke kedai kad mungkin memaksa mereka berpeluh kerana terpaksa berjalan kaki atau berbasikal ke sana. seterusnya, mereka akan pulang ke rumah dan duduk di hadapan meja sehari suntuk untuk meluahkan isi hati mereka di atas kad tersebut. penuh keikhlasan dan tekun sekali mereka menyiapkan kad tersebut. selepas kad- kad itu sudah siap, misi mereka masih lagi belum selesai. kad- kad yang sudah siap, akan mereka masukkan kad- kad tersebut ke dalam sampul yang mempunyai destinasi yang berlainan antara satu sama lain. mereka akan meluru keluar dan segera keluar dari rumah untuk menuju ke pejabat pos bak roket yang baru berlepas dari pangkalannya. dalam prejalanan, mereka berharap agar pejabat pos masih dibuka dan kecewa bukan kepalang lagi jika mereka dapati pejabat pos sudah pun tutup. jika tiada aral melintang, mereka akan keluar dari pejabat pos dengan muka penuh berseri dan puas. tambah memuaskan hati mereka jika kad yang mereka hantar, digantung oleh penerimanya.



++++++++++++++++++++++++++++++


oh heroine, aku selalu terlupa nak ucap terima kasih sebab bagi kad raya tempoh hari. ehee terima kasih banyak ya, indah sungguh kad raya kamu :)



AM

sirap setubuh susu

pergi sudah, hmm jangan lupa balik ya?

:)

AM

September 20, 2009

104 minggu



menjerit bak guruh di langit,
di dalam hanya tuhan yang tahu.

takbir raya diulang beberapa kali,
namun rasanya tetap sama.

sudah tiga raya AM hilang,
pergi tak kembali.

semua tangan sudah ku cium,
tapi bukan tangan AM seorang.

semua jenis makanan terhidang,
tapi bukan air tangan AM.

dengan sesiapa pun boleh bergambar,
tapi bukan dengan AM.

baju melayu tidak bergosok lagi,
tiada AM boleh bantu

sebak menelan kuih raya,
tiada satu pun sama dengan acuan kita.

air mata ini,
tiada istilah kering untuk memori kita.

biarkan ia berputar,
selaju yang boleh.


beriku petunjuk sinar suria yang kita cari- cari,
dari mula-mula ku pejamkan sebelah mata.
akhirulkalam,
AM



September 18, 2009

salam satu Malaysia?

untuk yang hanya memandang bendera pada bulan kemerdekaan, mereka semua mungkin sudah 'mati' untuk meluahkan rasa patriotik kosong mereka. aku, masih mencari jawapan yang betul-betul dapat memuaskan segala persoalan di benak. biasa lah, manusia tak pernah bersyukur.

teacher : saya masih terfikir tentang satu Malaysia.
pelajar : pasal apa?
teacher : macam ada yang tak kena dengan slogan tu
pelajar : ye ke?
teacher : okay, siapa boleh bagi maksud 'satu malaysia'?
pelajar : (gagap) entah, membentuk satu negara yang berbilang kaum kot?
teacher : awak semua pelajar tingkatan 4, tapi awak masih tak boleh bagi penjelasan yang begitu terperinci. awak pernah tak terfikir apa jawapan adik-adik awak yang bersekolah rendah?
pelajar : laa buat apa tanya mereka? mereka budak-budak lagi
teacher : jadi apa kata kita buat slogan, 'satu Malaysia, satu orang-orang tua'
pelajar : (gelak) apa lah teacher ni. tapi betul juga kan?
teacher : selama ni kita diajar untuk terima apa orang yang di atas turunkan. kita jarang fikir dalam-dalam
pelajar : haah lah cikgu. tapi mereka semua tu kan pandai?
teacher : ya, mungkin mereka pandai. masa kecik, pergi sekolah naik driver. bila besar, pergi kerja pun naik driver, padahal boleh jalan kaki. hidup, petik jari semua datang terhidang depan mata.
pelajar : er jadi?
teacher : kita kenal dia, tapi dia tak pernah kenal kita. sekarang kita semua kena ikut dia. saya nak tanya, kalau awak nak lantik ketua kelas, siapa awak nak sarankan?
pelajar : oh, mestilah kawan-kawan kami
teacher : awak taknak ke lantik kawan awak yang baru masuk? dia kaya tau, budak pandai lagi
pelajar : eh taknak lah, nak buat apa. kami semua belum kenal dia sangat, dia lagi lah tak kenal kami.
teacher : oh sekarang, dia tengah jadi orang atas kita

(perbualan tersebut mati)


besar nanti, aku nak jadi cikgu/pengetua sekolah



akhirulkalam,
AM

August 29, 2009

sahabat berbuka


cis! sudah dua tahun aku terlepas majlis berbuka puasa bersama pelajar-pelajar smk sksyn10. tahun lepas tiada kesempatan, tahun ini aku berada di kampung. mungkin aku punyai tangkal malang untuk berbuka bersama mereka. haha! tahun lepas di hotel vistana, tahun ini di hotel hilton. eh aku termenipu pula, hanya di tempat yang sama, pizza hut sksyn6. walaupun jika aku berada di sana, kebarangkalian untuk aku ke sana mungkin tipis kerana berbuka bersama sahabat dan meninggalkan keluarga adalah satu perkara yang 'keji' di bulan mulia ini. tak mengapa, aku cukup makan di sini. tiada perasaan hasad terhadap mereka, malah aku berasa rindu akan mereka. moga kamu semua sihat sejahtera. mungkin peluang untuk kita bersama-sama berbuka akan tiba. mungkin tahun hadapan atau dua tahun lagi atau mungkin ketika kita semua sudah digelar 'para lepasan universiti'. haha ya satu hari nanti kawan- kawan.

akhirulkalam,


AM

August 26, 2009

ramadhan - merdeka


oh aku suka tahun ni punya kalendar. bulan mulia dan bulan kebangsaan diletakkan di dalam bulan yang sama iaitu bulan ogos. ada benda yang aku nak huraikan tentang bulan-bulan ini.

bulan kebangsaan ;

umum, semua tahu bahawa bulun 8 merupakan bulan kemerdekaan di Malaysia. padatahun 1957, pada bulan yang sama, bertarikh 31 Ogos, orang berpusu ke dataran merdeka. kenapa? sebab semua orang nak laung 'MERDEKA' bersama-sama Tunku Abdul Rahman pada ketika itu. mungkin kuat gemanya, mungkin perlahan. aku tak tahu, aku tidak lahir zaman itu. pada aku, perjuangan org dulu sewajarnya diingati. tapi diikuti, aku rasa tidak perlu. kenapa? sebab aku ada terbaca satu buku, mengatakan bahawa 'perjuangan orang lama jangan diikuti kerna kita ada perjuangan kita sendiri'. dan aku pasti zaman sudah berubah, setiap orang ada perjuangan mereka sendiri. namun, ramai di antara kita yang mengakui mereka sudah merdeka sementara perjuangannya masih terbengkalai. hehh tak malu betul!

'menjerit "merdeka" sekuat hati, sedangkan kaki masih terpasak jauh ke dalam perut bumi'


bulan ramadhan ;

umum, bulan di mana semua orang islam diwajibkan berpuasa di dalamnya. nenek aku pesan, 'tahun ni kita dapatsambut ramadhan lagi, buatlah ibadat sungguh-sungguh, tahun depan kita tak pasti dapat jumpa lagi bulan ni'. setiap tahun nenek aku pesan perkara yang sama. setiap tahun juga aku menganggap, 'doi, aku dah puasa kot, nak apa lagi?'. bodoh aku ni. aku masih menunggu bilakah jiwa aku dapat 'mendalami' kebesaran bulan ini. Maha Suci Tuhan, beri aku petunjuk ya allah. tahun ni, aku cuba untuk tak melintaskan kepala aku dengan perkara-perkara blu, cuba untuk .. , dah itu je kot. banyak-banyak pun, bukannya aku boleh buat pun. haha!


kesimpulan;
- aku antara orang-orang yang berlagak merdeka tanpa faham erti merdeka sendiri
- aku lebih suka hidayah mencari aku, daripada aku mencari hidayah

AM

crack !


blog saudari,
bersepah,
berjela,
berbukit,
beratur,
bergunung-ganang,
bepuluh,
beratus,
beribu,
berbilang,
pasal saya kann?

sayang benar ya kamu? :D


sudah sudah, crita melayu tak laku sebab hero lembik ah hahaha


July 18, 2009

Permainan emosi,


aku tak pasti ni kali ke berapa aku pg ke stadium utk tonton bola, tapi ni satu-satunya game yang paling menyentuh perasaan aku. game hrini buat aku rse tknk tgk english premier league smpi bila2, game ni buat aku tkske manchester united, game ni buat aku sedar rmai lg org malaysia yg tkde maruah lg teruk daripada jual badan dapat duit kat lorong haji tayyib.

terus-terang, aku kecewa bagai nak rak. macam ada org amek pisau, cucuk dada aku beratus kali mse tgk game ni. aku bkn kecewa sbb malaysia kalah 3-2, aku kecewa dgn ORANG malaysia. aku tak pernah rse cmni lepas balik stadium, sumpah :'(

apa perasaan bila rmai org dtg rumah kita, tp dierg sume nk tgk anak dara jiran kita jeh? tkkesa ah smeada kita ni hidup ke mati ke, tp dierg dtg rumah kau semata2 sbb sng nk skodeng awek tuu. anak dara tu jemur kain pn, sume dah menjerit, tp bila kita telanjang skali pn, tgk pn tknk. sakit hati en? yes, aku rasa 18 pemain bolasepak malaysia rse mcmtu strt pukul 530 smpi 730 kt stadium bukit jalil smlm(18.7).

aku dapat tickt rm308, tmpt grand stand. tmpt org kaya. aku cuma bernasib baik dpt duduk situ. aku pki bju mlysia. aku terkejut, bilangan dri 85 ribu yg duduk keliling stadium tuu, tksmpi 50 pn yg pki bju corak mcm aku. stadium jadi warna merah. aku keseorangan, dihimpit oleh pelbagai penyokong syaitan merah. msuk second half, aku pindah dri tmpt duduk tiket plg mahal ke plg murah.

'weh malaysia balik ah, main macam pukimak!'
'eee korg ni mmg tkreti main bola sejak azali lah!'
'weh korg pandai tak main bola?!'
'weh nk bet mlysia kalah brpa? 10-0?
-
dari mulut org2 yg berwarganegara sama dgn aku, malaysia.

dierg kutuk bila malaysia tak lepas kubu mat salleh tu. dierg hina bila malaysia tersungkur, dierg gelak bila malaysia terima asakan bertali arus. tp bila manchester united, dierg bersorak bila gol, dierg menjerit bila ada serangan bahaya, dierg tepuk tangan walaupun nani sepak bola tak kena. aku tak tipu, air mata aku keluar.

aku sedar, malaysia bukan lawan yg kuat. tidak setanding dgn bintang eropah. tp malaysia tetap malaysia. tempat tumpah darah aku, tempat hidup mati aku, tempat aku hidup hidup aku. dierg sume sewenang-wenangnya pijak maruah negara aku. apa ni? pukimak? lancau? ntah, aku pn tatau. yg aku tau, dierg mmg bodoh.hehh

smlm ajar aku, yg aku sayang malaysia aku. lebih dari aku sayang bnda bulat tuu :/



aku anak malaysia, aku anak malaysia, aku anak malaysia









June 22, 2009

tarik, hembus


'hidup nii senang je. tapi jadi susah bila kita cuba buat benda yang kita tak boleh buat'
~ ghumiat kamdi

tak perlu ada ijazah berbakul, tk perlu ada beribu cikgu, tak perlu ada buku sastera berdozen. cukup pengalaman hidup selama lebih 40 tahun, dah boleh bg ayat 'makan dalam'. haha tu ah guru besar sekolah aku yang hebat tuu. hehh.
-------------------------------------------------

aku tatau macam mana nak describe hidup aku sekarang. tp aku tau ini semua berpunca salah aku, bodoh aku, sebal aku, iman aku dan segalanya. tak perlu tunding jari pada siapa-siapa pun.

kenapa yg kecik nak jadi besar? knapa besar nak jadi kecik? entah, aku pun tak tahu. sebab dunia dah terbalik, semua kne jadi terbalik? eh? eh?

terima kasih yang masih percaya aku lagi. walaupun secara zahir, aku tipu dan khianat mereka. manusia jenis apa aku ini? haa ini yg kita tatau. yang kutuk aku dari belakang, tkpe, aku patut telan.

masuk mak ayah aku, berapa ramai lagi yang aku dah pijak-pijak, sepak-sepak perasaan dierg? entah, aku tak tau. jari aku tak cukup nak kira. belum masuk dengan tuhan esa. aku minta maaf

nasib baik kau sedar harini, kalau lagi 3 tahun? kau dah pergi jauh sampai kau lupa nak jalan nak patah balik. kau nakk? tanggung jelah sekarang bodoh!

apa lagi bodoh? bodoh je ah bodoh




May 06, 2009

sksyn10

*memandangkan peperiksaan semakin hampir, aku tak nak guna ayat singkatan/pasar. hahahaha


okaay,

hari-hari bangun dari tidur, bersiap ke sekolah. semakin hari perasaan malas untuk ke sekolah semakin ketara. berat sekali untuk meninggalkan tempat tidur. ke sekolah bagaikan satu penyeksaan/penderaan pada aku. kenapa mesti ini yang ada dalam otak ini? padahal berjalan sahaja ke sekolah sudah berdozen pahala aku dapat.

aku mengaku aku seorang budak lelaki yang tak bisa mengharungi tekanan yang datang dari pelbagai arah.

oleh itu ;

1.ayah
2.cikgu/guru/ustazah/tenaga pengajar
3.kawan/sahabat/teman

mintak maaf, aku kadang-kadang penat sangatsangat



April 25, 2009

kulompiak! -Air Con


'kau letak gmba ni kat blog kau, blog kita sume ad gamba ni ouh' ~aisyah ezral hussein


'weh org teater lg terer ah drpd pelakon filem/drama/telefilem etc'
'asal pulak?'
'ye ahh, ada ke cut mse org buat teater?'
'tkde, tp tu jeh er yg kau tau pasal teater? lg?'
'lg? ntah. tatau ah'
'kau cite bnyk, kau pnah tgk tk teater?'
'tak'
'baik kau diam'

aku selalu rasa org teater lg hebat drpd pelakon-pelakon kt tv. tp knapa aku ckp cmtu, haa ini yg kita tatau! hahaha. namun begitu, mggu lepas aku beruntung bagai mnk matei sbb dpt tgk satu teater kat KL. mulanya jual mahal tknk pegi, biar org lain pegi, tp nsib baik tuhan bukak mata/kepala aku luas2 utk pk betapa bodohnya aku menolak. trimas aisyah :) thnks mama aisyah :)

dengan muka tak malu juga berbekalkan tiket dan trnsprt yg telah diberikan oleh mereka, aku ke sana. ke teater yg aku sndiri tatau apa tajuk dia, siapa teraju utama cerita ni kecuali Zahiril Adzim. itupun aku kenal sbb setahun cm dgr #43235 kali aisyh cerita pasal dia and sbb tgk dia dalam KAMI jadi jahat ~'apa pandang2, nk kne kekah?'. hahahhaha!

sbb aku buta teater, aku pergi dgn harapan nk selami/belajar pasal teater. nk tau cner dialog dia, cner prop dia, cner pelakon2 dia etcetc (dah aqil, kau tau kau bodoh dah ah). masuk jeh dewan teater tu, dah gelabah sbb gelap sbb dah strt dan sbb aku tkpnah pg teater (hahah lg skali) baru tgk pembukaan aku dah cm 'gila ni er teater? asal best sgt? jap, knapa aku tkpnah tgk teater?' hahahhaha sumpah teater layan nk matei doh. aku tatau ah kalau teater ni jeke or other teater pun best cni tp teater yg diberi tajuk 'AIR CON' ni mmg best ah (yes aku dah tau tajuk!). cerita best, duduk depan skali (smpi rse nk parap je plakon tu), temperature dalam tu tak sejuk cm kt benua artik (walaupun tajuknya air con) so jd superbest ahh! hahahahah. malam indah :)

justeru itu, skrg tanya ahh aku sekerek yg kau tnya dulu amnde yg aku tau pasal teater ;

'haa apa lg yg ada kt teater?'
'banyak bodoh. org teater slumber jeh ckp pantat, puki, lancau, kolom dpn org etcetc. hehh kau jgn harap ah dpt tgk faridkamil, rosyamnor, quehaidar buat semua ni dpn tv. lpastu, kau tau cerita dia sama panjang je dgn filem tp org teater tkde rehat mcm pelakon kaca tv yg poyo sume tu. habis jeh satu scene terus buat scene lain. tkde masa nk cut, hafal dialog, minum air/ makan, buang air pesume ah. pastu dierg buat sume ni dpn banyak mata yg tgk, mau tak gugup? tp dierg cool jeh. kalau filem setakat buat depan kamera yang boleh delete scene takjadi sng2 jeh. haa puas hati aku? kau nak lawan lg? mmg teater TERBAYEK WOKKK!!
'fuyoo gila ah, kau dah tgk ah ni?'
'penah lah, tp tiket org blnja ah'
'baik kau diam ah' (lg skali kne)


hahahahahhahahahahah tkkesa pape ahh wtv.







April 06, 2009

s.r 225


'orang sibuk belajar, kau keluar main bola. skrg jgn nk menyusahkan aku' ~pn. juita



haah, anggap je ah aku BB = budak bodoh. tklei pk pape. truskan ah tipu lg. hahahhaha :)


Liga skolah-sekolah


31march, 1april, 2april -selasa, rabu, khamis respectively.

'eh jom ah blik kmpg'
'tknk, liga skola2 lg 2mggu'
'jom ah jalan2'
'tknk ptg karng aku ada trening'
'weh kau ada blue?'
'bodoh ke apa, aku nk perform nnti'
'eh asal kaki kau?'
'sakit ouh, cner ah liga skola2'

feel the passion?

hahahah bodoh, msti ah tak. kau, kau ah en. aku, aku ahh. hahaha. hmm skrg aku tgh pk cner nk ulas bnda ni. mcm hasbullah awang yg still salah sebut nme player tempatan ke atau laju jeh mcm andy taylor dalam epl? hahahh let die ahh, aku aqil muaz ahh ;)

bwh 15 tahun ;

tak dinafikan dan kalangan bb ngn ex bb pn ckp skuad nii skuad plg terbayek wo smkskyn10 bwh15 pnah ada. bygkan ahh midfield ada awa ngn haikal yg dua2 ada pengalaman main utk selngr. blakng ada shamel ngn faizsha si kple screw dan foward ada patiban yg pnah men daerah. frst game, hari pertama, mng besar lwn team apa ntah, 5-0. scnd game pn 5-0. scnd round mng 4-0 jgak. bergaya nk mati kot dierg msuk suku akhir. msuk scnd day, suku akhr dierg lawan dato' haron. dierg main teruk, tp still mng 1-0. bdk2 dato' haron main saiko ahh. men parap lg, dierg tau kutip kad kuning ngn bg bdak2 skyn10 ni sakit kaki jeh. dierg dh tau dah dierg tkkn lepas ngn sksyn10. so dierg gne ahh cre tak pro tu. hehh. bodoh en? spe guru besar dierg? haa ini yg kita tatau nii. layak lg, pegi separuh akhr, lwn sksyn4. hahahah skola lme haikal kot. mmg kne bahan ah mamat tu. 'eh haikal, kau rindu ckgu syawal tak?', 'msti kau msg ngn kppr dia en smlm?' hahaha. tak, tu ejek jeh. haikal mmg side ktorg kot. mainmain, dierg skali lg mng and of course msuk final...

bwh 18tahun;

sriously, satu kerugian kalau ktorg kalah tahun ni. ni ah tahun last utk batch azhari, azfar aqua, syed husin, azlan shah, shazwan sobri dan lain2 yg f5. mmg bilangan f5 dlm skuad ni sikit jeh, tksmpi separuh pn tp still dierg ah tulang belakang ktorg. game pertama, hari pertama, lwn bu3 (sori ah bwh15, aku igt game bwh18 je ah sbb aku ada bnyk mse nk hafal nme team lawan sementara tggu dpt main lg 10saat game nk hbis, haha!). game ni ktorg mng 6-1. walaupun angka gol agak besar, still kne marah kot main mcm taik. scnd game, lwn bu. seri tkde jaringan, bak kata omputeh, nil-nil ah. hahaha. dierg ni en patut ltak nme team dierg 'kampung utama' kot, bkn bandar utama. men kampung gila siot. sorg striker, 10 defenders. sumpah aku bnci team cni. tp tkpe ah, ktorg still layak scnd round. ktorg skali lg jmpe musuh yg dianggap seteru iaitu skyn4. hahaha. kay, ktorg mng 5-1. hahaha game yg plg aku ske sbb sume mmg cm gila all out kot. hari kdua, stat suku akhr. ktorg jmpe sri utama and alhamdulillah, mng 6-1. next, separuh akhr, jmpe bandar sri damansara 2. ktorg mmg pnah frenly ngn team ni bfre this pastu seri. ni kira cm perlawanan timbal balik ah, hehh. strting was okay, ktorg pegang game. but cara dierg main sebijik cm skola bu, KAMPONG! dpt jeh bola, terus clear. dierg untung ada striker budak olahraga yg lari cm tklei laju lg er? hehh. ktorg men cm biasa n ttbe, 'POMM!!' ktorg kne gol. faizul si harimau kne lemas. OMG, tgk jam tggl 7 minit jeh. walaupun ktorg tau yg livrpl pnah kejar 3gol AC Milan dlm 6minit jeh. tp ktorg tkde gerrard, ktorg tkde alonso dan etc. nk tknk ktorg hbiskn sume tenaga, sume idea utk pecahkan kubu dierg yg cm haram ni. sumpah susah gila. sbnrnya, ktorg, coach, cikgu2, penonton2 sume dah putus harapan. dalam pale '3rd place still ok what?'. ktorg still kawal mental ktorg sambil harap keajaiban (perkataan utk org yg mmg terdesak/tkde harapan) jeh yg terjadi. secara tak sengaja, bola kena tgn budak bsd2 dalam kotak penalti dierg. 'PREEET !! PENALTI !!'- reff. penalti en, secara natural aji yg amek. tp apsal ntah dpt je penalti dia lari belakang ckp tk confident. cacap tbe2 brani, amek bola sukarela nk amek penalti yg bakal menentukan nasib ktorg. bygkn ah satu smkskyn10 pnya harapan sume betul2 atas bahu dia. dgn rilek, cacap sepak, kppr dive btul, tp tuhan syg ktorg, bola tu still masuk. 'OHH CACAP!!!!'. tnpa pk yg dia ni gangsta atau ank coach, aku trus peluk dia, well sume peluk kot. susah wehh nk peluk gangsta ni tanpa alasan munasabah. hahaha. tgk jam, we actually got only two minutes left. only god knws how relieved we were. hahahah. game tersebut diheret smpi extra time. mse break, ktorg cbe overcome rasa gemuruh, and berbekalkan ayat coach- 'tuhan dah bg jalan utk kita mng, tp DIA bg ikut jalan susah sikit jeh. rugi kalau kita kalah'. ktorg cuma perlu crik satu jeh lg gol dalam 10minit utk menyelamatkan diri ktorg sndiri drpd penentuan penalti yg sememangnya tak adil. hehh. tnpa pk apa2, ktorg men cm game tu baru jeh stat. and 4minit sblm game tu hbis, wan endon jadi hero bila sepakan padu beliau masuk gol lawan. Tuhan maha sempurna, terimakasih ;) ktorg layak msuk final sme2 dgn bwh15...


the FINALS ;

final utk bwh15 dgn bwh18 diadakan secara serentak. and padang ktorg sebelah2 jeh. jd ni bg kple coach pening ah nk tgk game mne satu. hahaha. kay, amek keputusan, coach tgk 18 ckgu bakar tgk 15. su,e berharap ktorg dpt ulangi tahun2005 di mana kedua2 team juara kot. kay aku tatau sgt game 15 yg jmpe ngn team kelana jaya sbb aku tktgk sgt game dierg. tp aku tau ah game dierg tu still tkde gol sbb dierg tak memekak pn. ktorg plak jmpe ngn dato' haron. terkejutly, dierg main tkde ah acah2 cm adk2 dierg. sume main okay jeh. alhamdulillah ahh, ktorg tak sngka yg ktorg dpt laluan mudah mse final. ktorg mng 6-0 kott. gila en? separuh akhr td gila struggle kot. mungkin ktorg blaja dri situ kot utk lebih menghargai game kt final tu. haha. WOOAAAHHHHHHHHHH!! KD10 ANGKT PIALA SME LG FOR THE 5TH TIME IN A ROW!! hahahaha. tnpa celebrate pnjg, ktorg kembali berpijak di dunia yg nyata. rmai2 pg pdg2 sebelah. bg support kt bdk15 yg tgh menghadapi penentuan penalti lahanat tuu. mse tuu kelana jaya leading 3-2. saat penentu, awa angkt utk skyn10 lawan kubu solihin utk kelana jaya. awa sepak, tuhan bg naluri utk solihin dive tempat yg betul. bola terkeluar, sume budak kelana jaya lari menjerit kat solihin. hujan ttbe turun lebatnya.....


konklusi ;

team 18 rse bersalah nk mati nak raikan mng ktorg bila nmpk mata awa, fairuz, chip, shamel sume merah jeh dalam hujan. pktaan macho bukan lg penghalang utk bnda2 cni. sbb tuhan, ktorg jeh yg tau perasaan masing2 time tuu. bygkan ah, ktorg trening sme2, fitness smne2, kne marah sme2, lepak sme2, kantoi ponteng sme2, pg cc sme2. apa jeh yg tksme pasal ktorg hanyalah makbpk ktorg, rumah ktorg. hehh. aku dpt bygkan ah, mlm tu awa dgn geng2 dia msti balik smbil pk 'kita kalah ouh final hrini, penalti plak tu'. and mental ni dierg akan bawak smpi nxt liga skola2 atau nxtnxt liga skola2 atau pun nxtnxtnxt liga skola2. hehh.

'babi, final plak tu kalah' - fairuz

'hehh, hehh, hehh' -awa

'hmm hmm hmm' -chip

'knapa? asal?' -shamel

'tkyah kcau aku bley?' -am



~~weh tkpe, thun depan kita try sme2 aww.





March 17, 2009

Tanjung Malim, Perak!

aqil muaz :)

main bola utk skyn10 en, bnyk gila untung.sabtu lepas ktorg budak2 bwh18 sume dapat can main dgn team proton. ye, proton jeh, bkn ferrari, bkn BMW tp proton jeh. tp yg bestnya, ktorg main away, so kne pg tmpt dierg. dan tmpt dierg plak kat stdium protan ah en kat tanjung malim, perak. so ktorg sume merantau smpi perak ah. gila best! dengan kesanggupan coach, prnts shameel, bapak husin dan bpk faizal, cik Jamaluddin, ktorg sume menumpang jeh pegi dengan dierg. dlm poket hanya duit poket jeh. mmg gila hebat ah pengorbanan dierg nk angkut ktorg sume pg sne. trima kasih ah mkck pkck ktorg bertolak dlm kul230 sbb game stat ptg. smpi jeh sne 4lebih, terus siap2 tggu team proton dtg.

okay, aku tknk ulas bnyk sgt pasal game sbb ktorg kalah 4-2 kot. gilamemalukan ahh. tp ni team proton kot. dierg siap turunkan budak presiden lg. pastu, semuanya all out pulak tuu. padahal lawan ngn team skola cm ktorg jeh. tp tkpe ah, betul jugak. malu ah dierg main home pastu kalah ngn team cm ktorg. dahlaa ada penyokng dierg yg dtg tgk. ktorg plak sbnrnya cm gila tak serious kot main. sume cm bajet nk enjoy jeh. hahha ye ah, batak ah en dpt main luar drpd KD. hahahha! so ni antara gmba2 yg sempat di snap ah. maaf, camera hnya 1.3 mg, so gmba tak lawa mcm gmba D300 syawal.

batak dpn pintu masuk
bajet cr.gay! (ini bukan perangai sbnr budak bola)penyokong brani matilayan2


last skali special utk sya;

hahahahahhah! :))




ps; orang malaysia, support kereta mlysia jeh.

Denggi menyeksakan melayankan?



korg tau takk, kat atas dunia ni en, ada satu nyamuk ni nme dia aedes aww. secara am ah en, nyamuk yang dicipta oleh yang esa ni mmg mencekik darah org. jadi tak sewajarnya ah aku nk bnci nyamuk sbb tu en. tp nyamuk spesis aedes lahanat nii kerek sikit ahh. jap, act kerek banyak ahh. sekali dia gigit kau, cnfrm dia ckp skali ' nah denggi!'. sial en? denggi ni plak satu pnyakit/bala yg allah swt turunkan utk manusia2 di bumi nii. knapa manusia yg jadi mangsa, haa ini yg kita tatau! hahahaha! satu hari ni, aku tatau kt mne, bila telah diserang oleh nyamuk ini. hahahaha. dah ahh demam teruk gila, smpi menghalang aku nk pg stdium shah alam tgk kelantan lwn slgr. tp tkpe ah, kelantan kalah, tkrugi pun tktgk. hahaha. lpas tu siap miss game lawan sksyn4 plak tu, haa ni mmg sial. ktorg mng, tp aku tkdpt tgk mke ckgu syawal time kalah pulak. aduyai!

kay, sambung cerita denggi. mula2 aku sndri igt demam biasa jeh tp bila pg hospital damansara, dierg mengesahkan aku kne denggi. okay, kne tahan dalam wad. aku mmg sgje amek wad sorg2 sbb aku tau aku ada adk2 mcm mkck so tknk dierg mengacau. aku amek bilik sorg2. rawatan kt sne mmg pelik ahh, setiap 2jam nurse akan masuk amek temperature ngn second heartbeat aku. pastu tiap2 hari, pukul 5pagi cmtu, time tok imam baru bgun nk smyg subuh, dierg akan masuk lg nk amek darah. hahahha bodoh, aku tgh mimpi jd CR pn dierg kacau. selama 6hari aku kt sne, mmg ni je ah yg aku jalani. thnks ah jiran2 aku, tira yg sudi dtg. hee. lgpn weekdays, sume org sibuk.

kay atas ni semua part yg menyeksakan ahh...

---------------------------++++++++++++++++++----------------------+++++++++++++++++------------------------------

part layan? haahhahaha banyak!

2minggu aku tkpegi skola. rindu nk mati kot skola. hahahah tak, act aku rindu warga skola tu ahh. ina, sya, pelajar2 f4 blok F yg terpencil tp bersyukur sbb tkde spe pn yg kne histeria, budak2 bola etc ahh. heehee. hri khamis tgh2 pekse aku dtg dgn stadi ala2 kadar jeh. hahahah aisyah dgn gila baiknya bawak kek utk aku. hahahh sedap nk mati plak tuu. hahahha trimas ah wehh :) yg lain, cm biasa ah. 'eh aqil kau hidup lg?', 'aqil aku igt kau dah pindah', 'eh kau bukan dah pegi teknik ke?' hahahhaa! lantak ahh, dierg ni dah nmpk aku dtg tp knapa dierg tnya lg soalan2 cni, haa ini yg kita tatau. hahahha! kay yg plg layan ;





KATY PERRY GILA LAWA!!


hahahah, aku dapat kad nii hasil drpd kekreatifan budak2 blok F dan idea anak ezral. hahahah sbnrnya dierg dah lantik sya ah utk jd posmen dierg hnta kad ni kat aku kat hospital nun. tp tkde rezeki, aku klua hari jumaat, hari yg dia yeye plan nk dtg. hahah sori ah wehh. tp sriously thnks ahh korg= kerol, akif, hazeem, hadzrin, wal, wawa, wafiq, cikgu juita, tengku, alia, tqa, shu, siti etc ahh. syg gila ouh korg. aku cm, bru denggi, kalau aku dpt penyakit yg aku akan mati lg 3hri, aku rse bwk aku pg MU pun dierg sanggup kot. hahahhaah! kay tu jee ahh. hee. ohya, weh sya, aku tatau dunia ni cukup besar ke tak utk aku crik lg sorg jeh kwn cm kau ouh. sriously thnks ah weh fr everythng. syng kau :] hahahha (*gedik).

ps; hahha trimas, thnks, sese, syukran!





January 05, 2009

Sing for Absolution


sebut je ah sume nme dalam kelas 3aktif (2008). sume aku kenal. (cuma kekadang nme yg sme tu, aku keliru ah nme bpk dierg skali) hahahha. hal ini kerana aku sayang sgt2 dierg doh. aku sanggup tolak pelawaan MU suruh main ngn dierg kat england sbb aku tknk tgglkan dierg sume (ni penipuan yg terbesar utk tahun baru nii hahah.) bygkan ahh, aku boleh dapat semuanya dalam kelas tu. bila time aku tgh benak tatau pape yg ckgu ajar kt depan, senang jeh. jerit je nme2 cm arif, sya, sab, akif dan etc pastu mintak tlg dierg. settle masalah aku hahaha. ohya yg plg aku ske utk berada dalam kelas tu, time hari isnin ahh. secara am, sume game bola, tak kira ah liga malaysia ke, english ke, la liga ke. dierg akan tayang time hari mggu. so bkak skola time hari isnin tu, mcm2 crite bola yg aku boley dgr. tak kira ahh dgn sesape pn. dgn hazem yg bru tau scolari manager chelsea tu pn, best jugak ckp pasal bola dgn dia. hahaha.plg best ialah aku ngn emirol kan mmg org MU. so best ah dpt kutuk akif bila livrpl kalah. dapat kutuk sya bila arsenal kalah. ktorg mmg tkya risau ahh sbb MU tkkn kalah punya hahahah! dan di samping itu, aku suka duk dalam kelas tuu sbb hari2 mulut aku dot exercise percuma. hahahah. bayangkan ah, sebelah aku akif, depan aku hazem, sebelah hazem, hadzrin. letak bom kat sebelah pn blum tntu boley diam doh ktorg. setiap hari, ada jeh topik/perkara/orang yg nak dibicarakan, dibahankan, dikutuk oleh ktorg. hahahah! aku mewakili geng2 aku sume, mintak ampun maaf ahh sebab kebanyakan perkara yg ktorg luahkan selalunya mendapat reaksi yg negatif dari korg sume hahahahah! KO LEKK JEHH WEHH !! secara jujur, aku tatau cner nk stat tahun 2009 dgn sume kple akan carik kemahuan diri sendiri. akhir kata, maaf ~ sayang korang :)

ps; indah selalunya pergi tp kjap lg datang balik.

pss; cikgu, ktorg mintak maaf sebab jadi batch plg teruk utk sejarah sksyn10.







January 04, 2009

time is running out



2008-2009
{ mbpj, anakhakim :), 7A }


alam ni tkde ahh complicated mne, cukup 365 hari tahun akan berganjak ke angka seterusnya. 'OHH HAPPY NEW YEAR!!!'. hahahahha! 2008 cm layan gila kot untuk aku. tahun ni aku dpt conquer mbpj. ya allah gila best tau tak mng piala nii. tahun ni jugak aku hadap pmr. walaupun aku hanya dapat rasa 7A, rasa frust mmg bertimbun ahh. tp dgn tak prepare aku utk hadap pmr tu, pastu 'demam ayam' lg time jwb, so aku rse aku sewajarnya bersyukur ahh dgn 7A. alhamdulillah :). tp tahun ni sgt seksa bila terpaksa harungi hidup ni tanpa seorg insan bergelar ibu. gila! hari2 mkn kedai muak nak matei kot. hahaha tp tkpe ah, terima je ahh. org selalu tnya apa azam tahun baru, apa azam tahun baru. aku dari dulu mmg tak penah ada azam sebab aku akan buat azam menggunung tp mmg tkkn tercapai ahh hahahah. tp tahun nii cm ada sikit ahh, aku target akhir tahun nii semua subjek tkde fail ah hahaha dan secara jujur aku bercakap tentang addmath, bahasa melayu, english, agama, sejarah, fizik. kimia, akaun ahh hahah!

ps; aku harap kau dpt dtg lg ouh 2008, walaupun dengan angka yang berlainan ;DD