December 27, 2009

Tropicana Suwey

*dinner

haha satu malam yang baru, pertama kali dialami. selalu tengok dalam televisyen jeh, tak pernah terfikir pun nak cuba alami. Tapi semalam teralami pulak haha! terima kasih kepada usaha keras mati syawal yang bagi semua orang peluang untuk merasa majlis yang digelar 'prom night'. tahniah mungkin perkataan yang sesuai ah untuk usaha kau ni.

Secara logik, ni bukan lah kali terakhir aku akan melihat wajah- wajah mereka. memandangkan rumah dekat- dekat jeh, paling jauh pun Kota Damansara haha! Tapi jujur, kehilangan tu bakal terasa ah. aku hilang 'cikgu akaun', 'dewa akaun', 'ckgu admet', dan sebagainya. hehh.




:')

December 18, 2009

Malaysia Tanah Airku



Sekarang aku pasti, semua pengarang akhbar tempatan yang ditugaskan untuk mengisi slot sukan sudah menyiapkan tugasan mereka. Aku juga pasti, berita di bahagian belakang sekali kemungkinan besar bertajuk, 'PENANTIAN 28 TAHUN BERAKHIR' atau 'MALAYSIA JUARA!' atau pun 'EMAS UNTUK BOLA'. Keesokannya, bagi mereka yang tidak menonton perlawanan bola sepak semalam, tidak kira tua, muda atau kanak- kanak yang membelek bahagian ini semestinya akan terpesona, terpaku, terperanjat dan sebagainya. Kemudian beberapa saat selepas itu, perasaan bangga mula timbul apabila menyedari alamat rumah masing- masing diakhiri dengan perkataan yang sama, iaitu Malaysia.



Tua : 'Lama betul aku tunggu, akhirnya'.
Muda : 'Eh mana kasut bola aku eh? ingat nak main bola balik lah'
Kanak- kanak : 'Mula dari hari ini, korang semua mesti panggil aku Zaquan!'



Senario yang terjadi mungkin berbeza, jika keputusan bola sepak semalam berpihak kepada pasukan lawan.



Tua : 'haha aku dah agak dah. Biudak- budak ni semua kena bayar lah'
Muda : 'Main bola kat Malaysia ni, mana boleh cari makan'
kanak- kanak : 'Bagi aku main lagi bagus'



Kalau sifat lebih kurang macam ni lah yang ada dalam semua jiwa mereka yang hafal lagu 'Negaraku', aku pasti jika ada kalangan kita yang boleh main macam Messi pun akan duduk hisap rokok je satu hari nanti. faham tak?