September 21, 2014

Keputusan


You know, dari dulu dan mungkin sampai bila bila aku tak pernah percaya dengan 'untung lah pandai'. Aku cukup tak setuju. Unless, kau Adi Putra, and tuhan pilih kau untuk tujuk kekuasaan dia, keajaiban untuk tunjuk bahawa ilmu semuanya Dia yang punya, then yes, mungkin kau bertuah kerana dilahirkan genius. Aku selalu rasa benda yang selalu dan akan sampai bila bila memisahkan antara kita semua, ialah keputusan.

Yep, keputusan.

Membuat keputusan sememangnya rutin harian semua orang, sama ada kita sedar atau tak, sama ada kita mahu atau tak, tapi kita akan selalu disuruh untuk buat keputusan. Sama ada kecil atau besar, itu terpulang kepada setiap individu. Ada yang rasa membuat keputusan untuk pilih mana satu baju untuk dibeli satu perkara yang kecil, ada yang rasa ini sesuatu yang big deal. Macam aku cakap mula mula tadi, keputusan lah yang akan selalu memisahkan aku, kau dan orang lain.

Lagi contoh:

Kau seorang pelajar. Perjalanan dari rumah ke institusi pengajian kau mengambil masa kira kira 20 minit (jika kesesakan lalu lintas tidak bergitu chaos pada hari itu). Kau keluar dari rumah pukul 7 pagi, dengan harapan kau akan sampai ke tempat pengajian kau pada pukul 7.20 pagi. Kau baru start engine kereta, kau perasan ikon berbentuk bekas minyak bernyala, menunjukkan kereta kau kekurangan minyak. Isi minyak sudah 10 minit, perjalanan kau akan delay. Confirm. Dan hal ini terjadi mungkin kerana kau mengambil keputusan untuk tidak mengisi minyak pada hari sebelumnya. Dalam perjalanan, kau hanya menggunakan satu lorong, lorong paling kiri, kau membuat keputusan untuk tidak bertukar tukar lorong, mungkin malas atautak berani? Perjalanan kau mungkin tak terganggu sangat, tapi kau mungkin sudah terlepas beberapa peluang untuk sampai ke destinasi kau lebih awal. End up, kau sampai di tempat pengajian kau pada pukul 7.40 pagi. Ketika itu parkir sudah mula penuh. Kau sumpah seranah. 10 minit kau berpusing, baru jumpa satu tempat parkir, itupun jauh dari kelas. Berjalan ke kelas, lagi 10 minit. Kau masuk ke kelas tepat pada pukul 8 pagi dan ingat, dengan mood yang tidak baik kerana tadi kau meradang susah mencari parkir. Kau jadi kurang fokus, dari 100% apa yang diajar, mungkin hanya 50% kau berjaya tangkap, 60% jika kau seorang yang penyabar sedikit. Catatan kau mungkin berbeza jika kau membuat keputusan untuk isi minyak hari sebelum, dan mungkin juga berbeza jika kau berani untuk overtake pemandu lain ketika dalam perjalanan. Kau mungkin akan masuk lebih gembira kerana kau punya masa yang banyak sebelum kelas bermula, nak pekena nasi lemak dengan kopi panas dulu pun sempat. Peh! Masuk kelas hati senang!
last 
Masalah yang simple, tapi outcome nya, mungkin mempengaruhi banyak perkara, ramai orang.

Sama lah jugak dengan nak jadi pandai. Yang selalu bezakan aku dengan budak pandai, mungkin keputusan yang aku buat, mungkin aku pilih tidur nyenyak daripada berjaga malam ulang kaji. Mungkin aku pilih untuk turun main petang, daripada menghadiri diskusi kumpulan. Mungkin aku pilih untuk berdiam diri, daripada banyak bertanya di dalam kelas. Dan banyak lagi keputusan yang aku buat bertentangan dengan keputusan yang dibuat oleh pelajar pintar yang lain.

Tapi itu lah, pada aku, tak akan ada keputusan yang dijamin betul, tak ada keputusan yang dijamin salah. Apa yang kita rasa baik, mungkin bukan yang terbaik untuk kita, kan? 

Sebab last sekali, apa result daripada keputusan yang kita buat akan jadi hakim sama ada kita buat keputusan yang betul atau salah. Sebelum nampak hasilnya, tak payah sembang lah mana betul mana salah.

Dan sebab last sekali jugak, kita semua tuhan punya.

Kat mana, dengan siapa, buat apa, ikut Dia lah nak letak kita dekat mana.

Dan Dia sebaik baik peletak. kan?





August 16, 2014

A


Kusut sangat sampai tak tahu nak letak tajuk apa.


Dulu aku tak pernah percaya bila ada orang beritahu yang dia sedang duduk dalam situasi yang betul betul buat dia bingung sampai tak tahu nak buat apa sampai mula fikir nak buat benda bukan bukan macam lari rumah, try dadah, try itu try ini.

Sampai lah kita semua, macam biasa, berada di point, 'Told you so'

Aku tak tahu macam mana aku sendiri boleh terduduk dalam situasi ni. Banyak sangat yang jadi sampai aku tak tahu benda yang mula mula buat aku sampai ke tahap ni. Aku tak nak hurai satu satu, sebab buang masa. Aku tak nak aku jadi fokus sangat pada situasi pada kedudukan ni sampai aku tak ada masa nak fikir macam mana nak keluar dari kedudukan ni. Aku pernah janji yang aku tak akan jadi kan laman sosial tempat untuk mengadu raih simpati dari orang. Cuma itu lah, kali ni aku betul betul rasa nak menulis. Lama betul tak menulis. Aku nak guna buku, tapi memandangkan lebih banyak masa aku luang bersama komputer, jadi mengapa tidak di sini sahaja kan? By the way, tak ada siapa pun yang mungkin perasan. Last entri blog ni pun masa tahun 2012. Masa tu benda senang lagi, setiap kali ada masalah pasang lagu seronok semua jalan. Tapi itulah, the game has changed. Dengar favourite jam sampai telinga bernanah pun, masalah tu masih ada, dan aku masih di dalam kedudukan 'Told you so' ini.

Mungkin aku yang lembik?

Mungkin ada yang aku buat salah?

Mungkin ada yang tak berkat?

Mungkin ada keinginan aku yang melampau?

Mungkin ada yang tak suka?

Mungkin ada yang perlu dikorban?

Mungkin ada yang sakit?

Mungkin ada yang terluka?

Mungkin ada yang rindu?

Banyak sangat mungkin, aku betul betul tak tahu.

Sorry.