August 16, 2014

A


Kusut sangat sampai tak tahu nak letak tajuk apa.


Dulu aku tak pernah percaya bila ada orang beritahu yang dia sedang duduk dalam situasi yang betul betul buat dia bingung sampai tak tahu nak buat apa sampai mula fikir nak buat benda bukan bukan macam lari rumah, try dadah, try itu try ini.

Sampai lah kita semua, macam biasa, berada di point, 'Told you so'

Aku tak tahu macam mana aku sendiri boleh terduduk dalam situasi ni. Banyak sangat yang jadi sampai aku tak tahu benda yang mula mula buat aku sampai ke tahap ni. Aku tak nak hurai satu satu, sebab buang masa. Aku tak nak aku jadi fokus sangat pada situasi pada kedudukan ni sampai aku tak ada masa nak fikir macam mana nak keluar dari kedudukan ni. Aku pernah janji yang aku tak akan jadi kan laman sosial tempat untuk mengadu raih simpati dari orang. Cuma itu lah, kali ni aku betul betul rasa nak menulis. Lama betul tak menulis. Aku nak guna buku, tapi memandangkan lebih banyak masa aku luang bersama komputer, jadi mengapa tidak di sini sahaja kan? By the way, tak ada siapa pun yang mungkin perasan. Last entri blog ni pun masa tahun 2012. Masa tu benda senang lagi, setiap kali ada masalah pasang lagu seronok semua jalan. Tapi itulah, the game has changed. Dengar favourite jam sampai telinga bernanah pun, masalah tu masih ada, dan aku masih di dalam kedudukan 'Told you so' ini.

Mungkin aku yang lembik?

Mungkin ada yang aku buat salah?

Mungkin ada yang tak berkat?

Mungkin ada keinginan aku yang melampau?

Mungkin ada yang tak suka?

Mungkin ada yang perlu dikorban?

Mungkin ada yang sakit?

Mungkin ada yang terluka?

Mungkin ada yang rindu?

Banyak sangat mungkin, aku betul betul tak tahu.

Sorry.

6 comments:

Anonymous said...

Be strong qil,
jangan fikirkan sangat masalah.
fikir penyelesaian yang terbaik.
Allah ada.
Malaikat kiri kanan ada.
Keluarga ada.
Awek ada. :p
Kawan ada.
Aku ada.
Tahu, semua masalah datang dengan serentak. Itu ini semua. Papehal take 3 deep breath dan fikir penyelesaian. Okay? Aqil Muaz yang aku kenal dia power cari solutions. So guna otak kau yang pandai itu. Pedulikan kata orang jaga hati sendiri. Okay? N dont do something stupid kalau tak aku sendiri tumbuk kau ;)

Aqil Muaz said...

Hehe thank you! :) tapi siapa ya ni?

Anonymous said...

Its me la qil ;)
Kita pun dah lama tak cakap
masing masing buat hal sendiri
tiap tiap malam i always mimpi kan u .... hmmmmm

Aqil Muaz said...

Haha its me siapa? Oh okay, mimpi biasa biasa je kan? Jangan mimpi bukan bukan okay? Hahaha.

Anonymous said...

I mimpi kita atas pelamin sambil makan nasi ayam. Hikhokhikhok ;)
Rindu u lah Qil. Hmmmmm i ada buat patung sebiji macam you. Nanti i post kat rumah you. Ingat nak bagi depan depan tapi malu. Hiks

Anonymous said...

I'll always stand right behind you. No matter what. No matter what.

-Kem darjah 6