January 10, 2015

Serupa Robot




Bukan satu orang atau dua
Ramai betul aku tengok
Yang sibuk beriya 
Nak dapatkan 'pengiktirafan' dari kau
Ada yang sampai sanggup
Hilang atau tinggalkan banyak benda

Waktu tidur
Waktu makan
Waktu lapang
Waktu main bola
Waktu berkasih
Waktu berkawan
Waktu bertenang
Waktu untuk esektra esektra

Tapi sebenarnya
Lepas habis segala waktu kau
Kau betul rasa 'diiktiraf'?

______________________________________________________________________

Dari dulu, dari zaman tadika sampai ke zaman masuk universiti, aku rasa aku sentiasa disuap untuk terima ilmu yang aku tak pasti sama ada aku benar benar mahukan atau tak. Ya, aku guna terma 'mahu' bukan 'perlu' sebab tak ada manusia atas dunia ini yang tak perlukan ilmu. Aku belajar, serap, telan, digest, hafal membuta tuli semata untuk aku muntahkan semula atas kertas kosong dalam dewan peperiksaan. Aku tak penat belajar, jujur, sebab aku rasa banyak ilmu yang menarik atas dunia ni. Yang aku penat cuma dengan sistem yang ada. Sampai bila kita perlu terus 'ingat' dan bila kita boleh mula 'belajar'? 

Tapi aku tak salahkan sistem yang sedia ada ini seratus peratus, sebahagian dari aku mungkin dah memang tak minat dengan apa yang aku belajar sekarang, entahlah. Dan ketika ini, aku tak terasa langsung untuk cari sebahagian diri aku yang dulu sukakan ilmu yang 'disuap' ini. Kadang kadang aku cuba cari motivasi paling gempak/istimewa yang boleh aku jadikan untuk aku suka semula dengan sistem 'belajar-pandai-inysallah-masa-depan-cerah' tapi tak ada. Sebenarnya ada je benda benda yang boleh buat aku lebih gigih dalam mengejar sijil sijil akademik ini contohnya ibu bapa, bakal pasangan hidup, duit dan lain-lain. Cumanya, aku dah penat buat benda yang bukan untuk aku. Aku perasan yang hidup makin singkat, aku kena cuba buat sesuatu yang boleh buat diri aku sendiri suka. 

Ada juga kemungkinan yang aku tersedar bahawa umur remaja untuk aku hidup dan berfikir secara bebas kian sampai ke penghujung lalu aku berjuang untuk tamtkan era ini dengan penuh legendary.

Aku tak berniat untuk hasut kawan kawan aku yang lain untuk berhenti kejar pendidikan tertinggi. Pergilah, terbanglah setinggi mana kamu mahu.

Aku cuma penat buat apa aku yang aku tak suka. Kalau aku terus buat semua ini dengan membuta tuli, aku takut aku tak nampak benda benda yang sepatutnya aku lihat atau rasa.

Atau mungkin juga aku sudah ada fahaman baru;

'Pelajaran dan duit adalah dua perkara yang berbeza yang kalau kita rasa kita perlu gunakan salah satu darinya hanyalah untuk dapatkan yang lagi satu, kita semua dah silap'


No comments: