August 26, 2009

ramadhan - merdeka


oh aku suka tahun ni punya kalendar. bulan mulia dan bulan kebangsaan diletakkan di dalam bulan yang sama iaitu bulan ogos. ada benda yang aku nak huraikan tentang bulan-bulan ini.

bulan kebangsaan ;

umum, semua tahu bahawa bulun 8 merupakan bulan kemerdekaan di Malaysia. padatahun 1957, pada bulan yang sama, bertarikh 31 Ogos, orang berpusu ke dataran merdeka. kenapa? sebab semua orang nak laung 'MERDEKA' bersama-sama Tunku Abdul Rahman pada ketika itu. mungkin kuat gemanya, mungkin perlahan. aku tak tahu, aku tidak lahir zaman itu. pada aku, perjuangan org dulu sewajarnya diingati. tapi diikuti, aku rasa tidak perlu. kenapa? sebab aku ada terbaca satu buku, mengatakan bahawa 'perjuangan orang lama jangan diikuti kerna kita ada perjuangan kita sendiri'. dan aku pasti zaman sudah berubah, setiap orang ada perjuangan mereka sendiri. namun, ramai di antara kita yang mengakui mereka sudah merdeka sementara perjuangannya masih terbengkalai. hehh tak malu betul!

'menjerit "merdeka" sekuat hati, sedangkan kaki masih terpasak jauh ke dalam perut bumi'


bulan ramadhan ;

umum, bulan di mana semua orang islam diwajibkan berpuasa di dalamnya. nenek aku pesan, 'tahun ni kita dapatsambut ramadhan lagi, buatlah ibadat sungguh-sungguh, tahun depan kita tak pasti dapat jumpa lagi bulan ni'. setiap tahun nenek aku pesan perkara yang sama. setiap tahun juga aku menganggap, 'doi, aku dah puasa kot, nak apa lagi?'. bodoh aku ni. aku masih menunggu bilakah jiwa aku dapat 'mendalami' kebesaran bulan ini. Maha Suci Tuhan, beri aku petunjuk ya allah. tahun ni, aku cuba untuk tak melintaskan kepala aku dengan perkara-perkara blu, cuba untuk .. , dah itu je kot. banyak-banyak pun, bukannya aku boleh buat pun. haha!


kesimpulan;
- aku antara orang-orang yang berlagak merdeka tanpa faham erti merdeka sendiri
- aku lebih suka hidayah mencari aku, daripada aku mencari hidayah

AM

3 comments:

esah ezral said...

nasib baik bawah tu AM

bukan ZA

konpius aku. haha takpayah tengok dalam cermin muka macam ZA. tengok cermin blog dah macam ZA dah.

weh kau paham tak? aku pun macam tak paham sangat amenda aku cakap atas nuh hahaha.

tapi aku nak cakap ah, dah macam ZA dah aku baca post kau ni! hehee.

fyana said...

aku dah kata hahaha :D

Aqil Muaz said...

haha tkpe. aku mengerti. haha malu sudah aku :)