September 22, 2009

raya teknologi



(sambil melintas di hadapan kedai kad)

ayah : dah tak laku kad raya sekarang

aku : tu ahh

ayah : orang sekarang semua hantar message je, email ke



satu ketika dahulu, menjelang aidilfitri, abang-abang posto cukup gembira kerana khidmat mereka sangat dituntut dan dihargai oleh orang ramai. si anakanda yang berada di bandar menghantar kad raya kepada ibu bapa di kampung, si romeo pula menghantar kad raya kepada si juliet dan si sahabat pula menghantar kad raya kepada si sahabat lain.


tapi kini, arus teknologi berkembang dengan maju sekali. tiada siapa dapat sangkal, tiada siapa dapat nafikan. jika dulu kad raya menjadi perantaraan, sekarang sudah pupus golongan yang gemar menghantar kad raya. bagi mereka, lebih mudah hantar pesanan ringkas, lebih senang sekadar menghantar e-mail. si abang- abang posto pula hanya duduk menghisap rokok mereka.


aku suka kad raya, aku rindu kad raya


bayangkan, taipkan sahaja perkataan- perkataan atau ayat- ayat gramatis yang disaluti dengan perisa coklat lazat atau perisa strawberry yang mengiurkan di keyboard komputer atau di keypad telefon bimbit anda. seterusnya, tekan butang 'send', atau gerakkan tetikus anda pada perkataan 'send' dan tekan perkataan itu. nah, anda akan menerima laporan, 'message delivered' atau 'message sent' di skrin monitor anda. di samping itu, untuk memudahkan lagi kerja anda, simpan message yang anda hantar tadi, foward pula kepada sahabat lain atau ahli keluarga yang lain. semudah mengira 1 hingga 3 bukan? selapas itu, anda akan dapati, berpuluh- puluh saudara- mara dan juga rakan- rakan anda mempunyai 'pesanan raya' yang sama daripada anda. ohya, sebelum itu, pastikan anda mempunyai baki kredit yang mencukupi.


cerita kad raya pula, mempunyai sedikit kelainan. benar, isinya tetap sama. namun, jika kita lihat perjuangan mereka untuk menghantar kad raya, agak ketara perbezaannya dengan situasi untuk menghantar 'pesanan raya'. tenaga mereka dikerah kerana terpaksa merentasi pelbagai halangan untuk membeli berpuluh- puluh kad raya di berpuluh- puluh kedai kad. untuk menambah keperitan mereka, ketiadaan kenderaan untuk membawa mereka ke kedai kad mungkin memaksa mereka berpeluh kerana terpaksa berjalan kaki atau berbasikal ke sana. seterusnya, mereka akan pulang ke rumah dan duduk di hadapan meja sehari suntuk untuk meluahkan isi hati mereka di atas kad tersebut. penuh keikhlasan dan tekun sekali mereka menyiapkan kad tersebut. selepas kad- kad itu sudah siap, misi mereka masih lagi belum selesai. kad- kad yang sudah siap, akan mereka masukkan kad- kad tersebut ke dalam sampul yang mempunyai destinasi yang berlainan antara satu sama lain. mereka akan meluru keluar dan segera keluar dari rumah untuk menuju ke pejabat pos bak roket yang baru berlepas dari pangkalannya. dalam prejalanan, mereka berharap agar pejabat pos masih dibuka dan kecewa bukan kepalang lagi jika mereka dapati pejabat pos sudah pun tutup. jika tiada aral melintang, mereka akan keluar dari pejabat pos dengan muka penuh berseri dan puas. tambah memuaskan hati mereka jika kad yang mereka hantar, digantung oleh penerimanya.



++++++++++++++++++++++++++++++


oh heroine, aku selalu terlupa nak ucap terima kasih sebab bagi kad raya tempoh hari. ehee terima kasih banyak ya, indah sungguh kad raya kamu :)



AM