October 24, 2009

cantik berseri- seri


'weh panasnya Malaysia, nak ke mana lagi?'

'entah, rumah si dia dah gerak belum?'

'belum'

'tunggu apa lagi? nak tunggu rentung kat sini baru nak gerak? dah jom!'



-------------------------------------------------------------------------------------------------



percayalah, pergi beraya bertandang rumah orang lagi puas daripada dapat selesaikan semua soalan addmath yang ada dalam buku teks. pengorbanan dan usaha yang lebih gigih sangat dituntut. untuk membuat addmath, pegang pensel 2B kat tangan, ada kertas conteng, sebuah kalkulator tanpa ubahsuai, semua boleh buat (insyallah). dibandingkan dengan berjalan beraya, lebih hebat versi ceritanya, lebih panjang perjalanannya. kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. jika benar, mungkin tidak ada formula untuk mengira sudah berapa luas pemandangan aku setelah beraya ke sana ke mari. haha! masalah pengangkutan, kebenaran ibu bapa, dan lain- lain isu adalah antara masalah yang perlu diselesaikan sebelum berdiri di hadapan rumah orang dan menjerit, 'assalamualaikum, kami datang nak habiskan kuih dan duit raya makcik!'.


dari rumah bawah tanah sampai rumah di puncak gunung, semua kami masuk. penatnya mungkin sama dengan kepenatan yang dialami oleh azizulhasni awang selepas berkayuh dari perlis hingga johor. penat yang tak terkata. jika satu tangki air milo atau 100+ ditogok ke dalam mulut kami juga mungkin tidak dapap mengembalikan kudrat kami. muka- muka kami pula sememangnya sudah dibina dengan 'tembok besar china', semua tak tahu malu. haha! sampai satu tahap, aku rasa perlu ada penghormatan atau anugerah untuk orang- orang yang aktif beraya ni.


berpeluh, mengumpat, bergelak tawa. semuanya menjadi indah di bawah matahari ketika berjalan raya. mungkin jika hujan, keadaan akan menjadi sedikit dramatik dan lebih romantik. hahah!


jadi, jika semua masih panjang umur, murah rezeki. ambil tips ni untuk digunakan pada raya tahun hadapan :

(PERHATIAN : berikut berdasarkan pengalaman hidup sendiri)


1. Jangan pergi ke rumah rakan anda apabila kedua orang tuanya tiada di rumah. hal ini kerana ianya dapat menimbulkan syak wasangka dari pihak ibu bapa.


2. Berjalan kaki lebih baik berbanding menaiki sebarang jenis pengangkutan. aktiviti seperti mengumpat, bergosip, bergelak tawa ketika berjalan kaki dapat merapatkan silaturrahim dengan rakan- rakan.


3. Jangan bawa rakan anda yang banyak ngomel kerana ini akan membebankan anda.


4. Apabila di rumah terbuka, banyakkan makan dan kurangkan minum air. Air yang banyak di dalam perut anda membuatkan anda penat dan lebih kerap ke tandas.


5. Perbaikkan diri anda untuk bercakap dengan semua orang kerana mungkin orang tersebut mungkin mempunyai anak perempuan yang cantik. ini penting! hahah!


6. Jangan buat muka apabila anda tidak menerima sebarang sampul sebelum pulang. ini hanya menunjukkan anda seorang yang tidak matang.


7. dan sebagainya...



------------------------------------------------------------------------------------------------
'terima kasih mama sebab layan kawan- kawan adik tadi'

'sori tau mak, tadi kawan- kawan adik ramai datang rumah'

'lepas semua balik, adik tolong ibu kemas tau, ehee'
:')

'pagi yang gelap, kini sudah terang'