January 03, 2010

bodoh benar


bodoh kalau sekarang aku cakap,
betapa nikmatnya makan malam di luar.

bodoh kalau sekarang aku cakap,
betapa indahnya dapat mengenali antara satu sama lain dalam kalangan kami berempat.

bodoh kalau sekarang aku cakap,
betapa bebasnya hidup tanpa kawalan wanita bernama 'mama'

bodoh kalau sekarang aku cakap,
hidup ini sudah memadai tanpa kehadiran orang baru.

bodoh kalau sekarang aku cakap,
aku tak suka pada perubahan.

bodoh kalau sekarang aku cakap,
aku tak bersedia untuk semua ni.

bodoh kalau sekarang aku cakap,
aku mahu keadaan kembali sedia kala.

hanya benar kalau sekarang aku cakap,
kehidupan aku sedikit berubah dan sedikit kemahiran untuk berfikir secara positif ..





Secara ikhlas, aku tak tahu macam mana nak ucap terima kasih kepada semua yang sudi berkerjasama untuk menjayakan majlis ni. Jujur, penat gila buat kenduri. aku rasa buat persediaan sebelum, semasa, dan selepas majlis memang sangat menuntut mulut ini untuk bisu daripada mengeluarkan perkatan- perkataan seperti 'aduyai', 'penatnya', dan sebagainya. ini semua hanya melemahkan semangat anda untuk terus mengerah kudrat. daripada peristiwa ni, aku dapat memberi kesimpulan mengapa trend zaman sekarang, orang bandar lebih gemar memilih untuk tidak mengadakan sebarang majlis di rumah sendiri. untuk dapat semua ni tkde ah sampai kena buat kajian menggila, cuma akronimkan saja apa yang aku rasa pada malam tu. antaranya :

1. bila buat di dewan, tak banyak kerja yang perlu dibereskan selain menghabiskan air liur untuk bercerita, berborak dan mengumpat dengan para tetamu.

2. tak perlu membersih, mengubahsuai kediaman mereka bak baru saja pindah kerana segalanya akan diuruskan oleh pihak 'wedding planner' di dewan nannti.

3. tidak perlu khuatir kemungkinan besar barang- barang di rumah mereka akan hilang kerana tak semua tetamu yang datang mempunyai sifat- sifat terpuji.

4. tak semua tuan rumah yang suka dengan keadaan hingar- bingar di rumah mereka.

5. mereka tak mempunyai begitu ramai saudara- mara yang suka membantu.

6. mereka tidak bangga dengan kediaman mereka sendiri.

7. mereka tiada rumah?


walaupun aku tak suka perubahan, tak semestinya semua perubahan menyakitkan kan? aku tahu tuhan sayang aku, tuhan hanya bagi ujian yang mampu ditanggung oleh hambaNya. dan aku percaya itu.


'relax, kita go with the flow' ~ Al-Imaman

AM


1 comment:

fyana said...

Welcome to the club :)