March 01, 2010

Teater Tanda


Aku pun tak pasti bagaimana dapat sampai ke PJLA theatre tempat berlangsungnya pementasan teater 'tanda' yang penuh kontroversi ni sebab teater ni dah kena banned. Mula- mula tak ramai pun yang tahu pasal teater ni, tapi sebab kena zaas dengan melodi haritu, perangai semula jadi orang Malaysia yang memang terkenal dengan sifat ingin tahu mula mencari maklumat perihal teater ni.

mulanya aku was- was nak buat keputusan sama ada nak ikut aisyah dengan tengku tengok teater ni ke tak. tapi macam biasa ah, tatau macam mana, tengok- tengok dah sampai depan pintu masuk. haha. 2 kali ke tgk teater, 2 kali datang lambat. nasib baik takde undang- undang banned org yg dtg tgk teater lambat. maklumlah, kita kan memang suka budaya banned- banned ni haha!



setiap kali aku tengok pementasan, aku terfikir macam mana dierg bekerja nak bagi siap satu persembahan yang panjangnya lebih kurang 2 jam ni. bagi aku nak buat drama yang durasinya tak sampai masa 15 minit pun dah pening kepala. Teater 'Tanda' ni memang agak menuntut sedikit kudrat akal untuk memahami cerita- ceritanya. Satu pementasan, 6 pengarah, 6 cerita. jadi pandai- pandai ah tahu bila masa cerita tu bertukar sebab dierg tak guna prop man yang pegang kadbod bertulis 'babak 1', 'babak 2', 'babak 3' dan seterusnya. Sampai teater ni habis aku masih tercari- cari kat mana scene yang dikatakan menjadi punca teater ni diharamkan. namun, tak jumpa. dah keluar, baru sorg brader ni cerita yang part parti seks tu yang menyebabkan kena banned. Kelakar en? manusia memang tak senang bila tengok dosa yang mereka buat setiap hari. kalau macam tu, apa kata kita letak cermin besar kat semua tempat yang dijangka menjadi 'port' gejala ni berlaku. baru ah pupus kot gejala seks bebas ni? kan?

tapi pergi tengok pementasan teater, paling layan semestinya sebelum pulang. haha tunggu brader dan kakak teater semua keluar nak ambil gambar, mintak tanda tangan semua. Masa tu kau berlagak cool atau macho macam mana pun, confirm menggigil ah masa nak cakap, 'kak/abang nak bergambar sudi?'. tatau ah kalau keluar- keluar ada yang keluar perut mak, dah memang ada tembok china kat muka haha. memang terserlah ah muka- muka gedik semua. tapi tak tipu ah, kalau masa ni tak bergambar dgn dierg, balik karang mula lah, 'aduyai, kenapa pemalu sgt td?', 'rugi, rugi' dan jangan terkejut ah kalau ada yang sanggup cari tali kat dapur pastu gantung diri sebab rasa rugi yang teramat sangat haha (okay, kenyataan ni mmg sangat hiperbola dan membuatkan aku dekat sangat dengan golongan munafik). terima kasih kepada akak- brader yang sangat tak sombong dan sudi melayan kami yang sakai ni.

ohya, berikut merupakan beberapa faktor kenapa orang femes/terkenal/popular selalu dikatakan sombong. walaupun aku tak pernah terkenal, tapi aku dapat rasa mereka .. (haha, poyo!) :

1. mereka bukan tak nak beramah mesra atau berborak. cuma mereka tak tau nak start dari mana. takkan tiba- tiba nak datang kat semua orang cakap, 'hye, salam sejahtera, apa khabar?'. kan?

2. mereka terpaksa melayan kenalan mereka dahulu, takut- taku keluar nanti kena jerit dengan member sendiri, 'woi, dah lupa membe en kau?!'.

3. mereka sebenarnya lagi takut/malu nak tau apa reaksi ktorg. ada sorg brader tadi, tanya bagai nak rak apa reaksi ktorg pementasan dierg. padahal ktorg budak skola lagi.

4. mereka takut digelar atau dilabel sebagai poyo bila buat loyar buruk. haha kan abg ZA kan? kan?



AM




No comments: