Aku rasa selama ni kepala aku memang dah diajar, sebut je nama winona ryder, satu perkara yang terlintas dalam benak aku ialah beliau pernah menjadi skandal, awek, tunang Johnny Depp dulu. Perkara ni sekaligus menenggelamkan terus sifat ingin tahu tentang beliau kerana lebih ramai yang berminat dan nak tahu pasal Johnny Depp sahaja. haha! betul kan kan Sya? Tadi lepas aku tengok cerita Edward Scissorhands yang menggabungkan dua- dua pelakon ni, hati aku terjatuh bergolek- golek atas lantai bila tengok muka heroine dia. Macam biasa, situasi ini akan menyebabkan hati aku memberontak, 'haihh kenapa atas dunia ni mesti ada ramai perempuan lawa ha?'. Satu persoalan bodoh yang sering menguasai kepala aku pabila berdepan situasi sebegini rupa, tapi sampai saat aku taip ni masih belum ada jawapan yang tepat.


Walaupun dunia berevolusi menjadi yang lebih baik, aku masih rasa yang muka beliau lebih indah waktu zaman aku belum lahir. haha! Sekarang tetap lawa, namun aku rasa rambut straight, hitam, pendek, kurang glamour macam zaman- zaman klasik dulu lagi menarik kot. Hipotesis aku yang berbunyi, 'semakin kurang kita menarik orang, semakin ramai orang yang tertarik'. Hari demi hari aku harap hipotesis itu semakin relevan haha!
-------------------------------------------------------------------------------------------------

(Perhatian! berikut mempunyai unsur yang sedikit saiko) :
Kenapa? Why? Kenapa? Why? Kenapa wahai Kristen Stewart yang kan ku tunggu seribu tahun lama lagi (aku dah cakap ada unsur saiko kan tadi?) Aku sanggup beli kasut converse yang tak berapa smart untuk pegi sekolah semata- mata nak sama dengan kau macam dalam crita twillight (aku tau ni memang saiko yang sakai), pakai gelang hitam yang orang jual kat uptown tu banyak- banyak (ya, aku tau haram), cuba habiskan baca buku biografi kau yang adik aku merangkap bakal adik ipar kau belikan (jap, nak perbanyakkan kosa kata tak kira saiko en?), belek kamus dan thesaurus sebab nak faham buku kau tu dan pelbagai lagi lah untuk kau (serious, aku dah bagi amaran kan tadi pasal saiko ni?) Tapi kenapa kau sanggup @#!^! dalam part last cerita Adventureland tu? Dahlah dengan mamat loser dalam cerita zombieland pulak tu. kenapa weh :( Tapi tkpe, lepas aku bgtau aslam pasal benda ni, dia cakap kau tak buat scene tu secara 'all-out'. betul ke? tolong ah cakap betul doww
ps; HAHAHA! aku pun boleh jadi saiko doww!
pss; Tapi tkpe, aku still suka header aku kat atas ni, terima kasih banyakkk :))