March 01, 2010

footballer

'jangan jadi pemain bola, semua tu tkde masa depan...'

kalau ada seribu budak yang main bola, mungkin tinggal 2 orang je yang telinga mereka tak terdengar kenyataan seperti di atas daripada ibu bapa mereka. tak dinafikan, aku sendiri pun kadang- kadang hanya membisu apabila berhadapan dengan ayat seperti ini. clueless, sikit pun tak dapat balas dengan jawapan yang agak relevan melainkan buat je loyar buruk. memang ada benarnya, tak ramai yang dapat buktikan para ibu- bapa ini salah. ibu risau anaknya akan patah kaki atau cedera manakala ayah pula risau satu hari nanti anak lelakinya tak mampu menanggung menantu- menantunya.Malah para bapak mentua juga sedikit raggu jika mengetahui anak perempuan mereka bersuamikan seorang pemain bola. tapi, jika kita boleh berfikir bak kata orang putih, 'outside the box', banyak perkara positif di sebaliknya. Walau bagaimanapn, semua ibu bapa sayang anak- anak mereka. mereka tahu yang terbaik. di sini aku nak berkongsi bebrapa orang rakan aku yang agak berjaya dalam bidang ini :


aniq awadullah badrulhisham (PKNS)

Akbar Khamis (Selangor)

Mohd Azrif Nasrulhaq Badrulhisham (PKNS)

Ramai lagi, tapi aku tak jumpa pulak gambar dierg semua. Mungkin mereka ini antara yang terkenal kot? haha. Mereka semua ni produk sekolah aku, SMK Sekyen 10. Pada orang yang hanya melihat mereka ini dari jauh, mungkin tidak terasa, tapi bagi sesiapa yang sering berkongsi padang sekolah yang macam sawah padi tu, mungkin terbit sedikit perasaan bangga dalam jiwa masing- masing. aku sedar, walaupun aku tak sehebat mereka, namun satu perasaan yang sukar digambarkan sering terbit dalam jiwa ni dikala melihat mereka kini sedang berkongsi padang dengan pemain bola yang mempunyai nama- nama besar di Malaysia. Kalau dulu dia berlaga kepala dengan kamu, sekarang dia sedang berlaga kepala dengan kapten selangor, amri yahya.

oleh itu,

1. kita tak mempunyai kuasa untuk melihat masa depan seperti yang dilakukan oleh alice cullen dalam cerita twillight. jadi, sewajarnya kita merebut segala peluang yang ada.

2. Mungkin betul susah nak cari makan dengan main bola, tapi rezeki tetap datang dengan pelbagai bentuk bukan? yang penting redha



AM


No comments: