April 08, 2010

no more 12



'weh dah nak mati ni aku kena fitness'

'tkpe, ni tahun last kita doh'


2010. kalau kau lahir tahun 1993, tahun ini merupakan tahun SPM kau, tahun akhir kau di sekolah. Pengecualian kalau kau sanggup masuk form 6, memang tahun ni bukan tahun terakhir kau beratur pagi isnin kat tapak perhimpunan ah. haha! Dalam setahun, ada satu kejohanan yang paling aku tunggu- tunggu iaitu kejohanan liga sekolah- sekolah. Walaupun dah beberapa kali sertai kejohanan ni, tapi setiap tahun, kejohanan ni berada di satu tempat yang sangat istimewa dalam diri aku. Aku tak tahu kenapa, kalau dapat wakil negeri sekalipun (yang mana aku tak pernah dapat), aku lebih rela bermain dalam kejohanan ni. entah aku sendiri tak dapat cari jawapan relevan kenapa aku rasa sebigini rupa. Sampai tahun ni aku pernah cakap, 'hidup aku tahun ni, 2 benda jeh yang penting, juara liga skola- skola dengan SPM jeh. Benda lain semua tolak tepi dulu'. Tapi tahun ni persediaan nak hadap liga sekolah- sekolah ni terganggu ah sikit dek kerana 'nazir paladin' yang tak benarkan ktorg trening pagi.


'SMK Sekyen 10, Kota Damansara juara tujuh kali berturut- turut...' -mc



'it defines us completely..'


Seryes tak tipu, menang ni memang buat aku rasa 50% daripada hidup aku tahun ni dah lengkap dah. Walaupun ada mulut longkang yang cakap tak berapa yakin batch ni boleh juara, kami mampu buktikan mereka salah. terima kasih tuhan :) tapi ada betulnya sebab ktorg pun terpaksa berhempas pulas untuk kejohanan ni. Lepas juara ni, secara otomatik, ktorg merupakan wakil daerah petaling utama. Dalam kotak fikiran yang lain, mungkin sudah mula mencongak untuk buat yang terbaik di peringkat daerah. Tapi bukan aku, bola aku dah habis. Takkan ada lagi terma 'trening, game, fitness etc' dalam hiduk aku lepas ni. Aku nekad, ini merupakan pengakhiran aku yang bagi aku satu pengakhiran yang sangat indah tak terkata. Syukur Tuhan. Coach, cikgu, budak bola dan kawan- kawan rapat, terima kasih banyak- banyak. Agenda aku lepas ni, SPM jeh dan aku harapkan pengakhiran yang indah juga menanti aku. insyallah



No comments: