April 18, 2010

Sistem Barter




final hari sukan aku,
diganti dengan kampung darul naim

final hari sukan aku,
diganti dengan tiket kapal terbang 'api terbang' (firefly)

final hari sukan aku,
diganti dengan kejakunan terhadap ombak pantai

final hari sukan aku,
diganti dengan menghabiskan masa dengan keluarga hidup mati aku

final hari sukan aku,
diganti dengan gelak tawa orang- orang yang aku sayang


----------------------------------------------------------------------------------




Kadang- kadang kita rasa macam dunia ni tak adil bila kita tak dapat apa yang kita nak. Kita terus menghukum dengan cara memberontak.Contohnya :

'Aqil bengang bukan kepalang lagi apabila ayahnya menempah tiket kapal terbang untuk pulang ke kampung pada hari sukan terakhirnya di sekolah menengah.'

Haha tapi kita manusia bodoh, ilmu kita tak tinggi, cetek. Benak kita tak sampai lagi tahap yang boleh cakap apa- apa yang jadi tu adil atau pun tak. Yang ada kuasa ni, cuma yang kat atas tu je, tuhan maha kaya.

Percaya ah, kalau orang suruh redha bila ada apa- apa yang suwey terjadi, tolonglah ikut/dengar. Redha tu nanti tuhan balas dengan rasa seronok, cuma cepat atau lambat jeh. Contohnya :

'Barulah Aqil sedar bahawa bercuti di tepi pantai di kampungnya lebih hebat berbandinng berjemur berpanas di padang jarak padang terkukur di sekolahnya'

Haha macam aku cakap tadi, kita ni manusia bodoh. kan?






'Keluarga ialah benda yang kita campak untuk kita kejar. Lagi jauh kita campak, lagi jauh kita kena kejar'




No comments: