January 01, 2012

Tembak Langit


'Bye 2011, Hai 2012'



Tipikal. Sangat tipikal.

 Aku tak mahu membebel tentang azam apa yang patut diazamkan oleh golongan belia macam aku atau apa yang patut dilakukan oleh golongan belia macam aku untuk majukan negara ini. Sebab sekarang pun dah pukul berapa, kepala aku pun dah tak mampu nak generate apa yang aku patut taip di sini. Anggap saja aku memblog dan masih berjaga waktu ini kerana terlebih pengambilan kafein petang tadi. Dahlah Manchester United kalah, dahlah dompet hilang sekejap tadi, dahlah ditinggalkan di rumah sorang-sorang malam ni, dahlah dahlah dahlah...

'2012 dah pakat boikot nak kenakan aku'

Pedulikan aku. Sekarang mari balik ke sebab sebenar aku mewujudkan entri ni.


-Kenapa orang sambut Tahun Baru? Sejak bila ia diiktiraf sebagai satu perayaan?

-Kenapa mesti ada bunga api?

-Kenapa mesti ada azam baru pada tahun baru?

-Kenapa mesti main spray-spray tu?

-Kenapa...erm kenapa...kenapa apa lagi eh? Aku tak tahu, tapi aku tahu masih ada 'kenapa' lagi.




Dah 18 tahun hidup, eh 19 sebenarnya (Sori, tahun baru, gua belum biasa lagi) aku tak atau belum pernah lagi berpeluang nak merasa sambutan Tahun Baru di luar rumah. Maksud aku, aku tak pernah lagi keluar ke spot-spot yang menjadi sasaran orang ramai untuk menonton pertunjukan bunga api, atau pun persembahan dari artis-artis terkenal. Aku tak tahu kenapa, tapi aku semacam tak ada semangat, mungkin ada, tapi tak semarak orang lain untuk bersama-sama meraikan tahun baru dengan menonton pertunjukan bunga api dengan perasaan penuh jakun. Jadi, semenjak 19 tahun yang lalu, kala aku tidak bersama yang lain di luar, aku berfikir dan cuba menjawab soalan-soalan di atas (okay aku tipu. Aku baru terfikir benda ni setengah jam yang lampau). Aku cuba tak mahu selitkan unsur keagamaan di sini, tapi korang pandai fikir kan apa agama kita nak kan?



Kenapa orang sambut tahun baru?


Memandangkan aku tak pernah berpeluang menikmati sambutan ini, jadi aku tak pasti apa yang mereka mereka yang menyambutnya cari atau apa tujuan mereka sambut tahun baru. Jadi untuk jawab soalan ini, aku cuba letak diri aku dlam diri mereka-mereka yang keluar menyambut sambutan ini. Pada aku, mungkin mereka keliru atau tak tahu apa yang mereka patut buat pada malam terakhir tahun itu, jadi mereka ambil keputusan untuk habiskan masa di luar rumah. Itu hunch yang pertama, yang kedua, aku rasa siapa yang menyambut tahun baru mungkin kerana mereka kecewa dengan prestasi hidup mereka pada tahun tersebut. Mereka mungkin mahu tamatkan diari hidup mereka pada tahun itu dengan cuba berseronok di luar untuk melupakan segala yang mengecewakan pada tahun itu. Sebab itu ada yang guna arak, dadah, kondom dan sebagainya. Ini mungkin salah satu usaha mereka untuk hilangkan rasa kecewa mereka. Tapi masing-masing pandai fikir kan baik buruk?


Kenapa mesti ada bunga api?


Haa yang ini agak susah, kerana aku betul-betul tak tahu nak jawab macam mana. Jadi aku minta pertolongan encik Google. Mulanya aku semacam tak mahu tulis di sini, sebab biasa lah kadang-kadang kebenaran macam susah sikit untuk kita telan. Tapi encik Google beritahu yang idea pertunjukan bunga api ini dipengaruhi oleh amalan dan kepercayaan manusia purbakala yang percaya kuasa api dan cahaya mampu melawan kuasa jahat. Jadi, amalan ini jika difikir semula boleh jatuh dalam kelompok kepercayaan yang bukan-bukan atau dalam bahasa Islamiknya, khurafat. Aku sendiri tak pandai nak hurai perihal ini, mungkin boleh tanya imam muda Asyraf untuk lebih faham mengenai perkara ini.




Kenapa mesti ada azam baru untuk tahun baru?

Ini bukan hal besar, bak kata orang putih, it's not a big deal. Konsepnya sama sahaja, bila pindah rumah baru mesti nak perabot baru kan? Jadi bila angka tahun dah berganjak pada nombor yang baru, mungkin kita turut tergerak sama untuk pasang impian/harapan/cita-cita yang baru. Aku rasa ini ialah benda yang paling positif tentang tahun baru.


 

Kenapa mesti main spray-spray tu?


Yang ini antara yang paling senang, tak payah fikir pun boleh jawab. Permainan ini mungkin sebenarnya dikhususkan untuk budak-budak yang dah ikut ke tempat pertunjukan bunga api, rasa bosan, lalu mereka mainkan permainan ini bersama kanak-kanak yang lain untuk kill the time. Rasanya ini lah kot jawapannya. Kalau ada yang dah berumur juga main permainan ini, hmmm no komen? ehee






Jadi ini pandangan aku, salah seorang remaja yang tak keluar ke mana-mana untuk menyambut New Year. Aku tak cakap pandangan aku betul, mungkin ada yang salah, atau mungkin semuanya salah. Aku bukan malaikat, cuma seorang remaja yang poyo nak kupas isu-isu macam ni haha!






P/s: Mereka yang beragama katholik beranggapan 1 Januari setiap tahun perlu diraikan untuk menghormati Virgin Mary. Opsss!







2 comments: