February 06, 2012

Outstation


Malam tadi aku dan Zara lepak bersama di beranda kondominium milik aku. Macam biasa, kami sama sama pekena bong sambil mendongak ke atas melihat bintang-bintang di angkasa. Malam itu, indah betul tuhan susun bintang-bintang di papan langit sana, seakan merestui aktiviti terlarang kami. Zara pula sedang bersandar pada bahu aku sambil kami bertukar-tukar cerita. Kadang-kadang dia berpaling ke arah aku, sekadar untuk melemparkan senyuman yang paling manis atas muka bumi ni. Ah senyuman itu, syurga sebenarnya!


Zara beritahu aku mungkin lusa dia akan berangkat ke langit, katanya ada kerja hendak dibereskan sambil dia menunjuk ke arah salah satu bintang. Walaupun aku tak pasti bintang mana yang dia tunjuk, aku anggukkan saja seakan faham dengan tuntutan kerjanya. Aku tahu, di atas sana terlalu banyak malaikat yang lebih macho dari aku. Aku tak mahu kehilangan Zara, lagi-lagi pada malaikat berambut blonde, lagi disaster! Tapi mahu tak mahu, aku lepaskan juga dia. Selepas Zara berangkat, kadang-kadang aku ada hantar juga pesanan ringkas padanya guna si burung tua, tapi tak ada respon. Mungkin burung biru ini sesat gamaknya.


Selepas beberapa minggu, Zara kembali semula ke bumi. Pada waktu itu aku ialah manusia yang paling bahagia atas dunia ini sampai aku rasa perkataan 'bahagia' waktu itu hanya berhak dimiliki untuk aku seorang aje. Apabila cukup rapat dengannya, aku peluk dia sekuat-kuatnya, tapi aku dapat rasa yang pelukan aku langsung tak dibalas. Aku tenung mukanya, kelihatan muram. Aku tanya kenapa. Dia diam. Aku tanya lagi 'Why?' Aku risau kalau kalau dia dah tak faham Bahasa Melayu, jadi aku gunakan Bahasa Inggeris, bahasa internasional. Dia kata pada aku, jangan cari dia lagi. Aku tanya kenapa. Dia tunjuk jari telunjuknya ke atas.




Aduh, sah dia dah jatuh cinta pada malaikat berambut blonde tu!


Damn!



1 comment:

MissAinol said...

interesting story ;)