March 24, 2012

POL 2.0 VS BOL 1.2



*POL = Politik. BOL =Bola.


Apa persamaan kedua-duanya?
Bukan cara dimainkan.
Bukan cara dipromosikan.
Bukan cara dipropagandakan.
Bukan cara diadili.


Strategi dan taktikal memang langsung tiada kaitan.


Tapi kedua-duanya ialah alasan paling bangang untuk diguna pakai oleh manusia untuk memulakan satu sesi maki-hamun, kutuk-mengutuk, keji-mengeji. Lebih dahsyat, sesi sepak terajang, bertumbuk dan sebagainya.


Kod Kursus : BOL 1.2

Skop silibus: Pembelajaran mengenai penanaman sifat kesetiaan yang paling mendalam kepada pasukan kegemaran yang darinya terlahir pelbagai nilai positif dan negatif dalam diri seseorang.


'Kau apa? MU ke Chelsea?'
'MU'
'haa kau dengan setan-setan merah kau dah boleh masuk neraka jahanam! ini tempat Chelsea!'
'Eleh, Chelsea freemason lah! Lambang Singa! Buta ke apa babi?!'


'Mung sek mano? Klate ko Selangor?'
'Saya sokong Selangor bang'
'Mung duk jauh sikit ah, aku dop buleh sangat duk dekat sek demo. Panah!'


Kod Kursus : POL 2.0

Skop silibus: Pembelajaran mengenai cara-cara memanipulasi orang lain dan juga diri sendiri untuk menerima dan menyebarkan idealogi, persepsi atau dakyah yang boleh merealisasikan kepentingan sebelah pihak.


'Jangan salahkan kerajaan bila harga minyak naik. Kita terpaksa kerana bekalan minyak kita tidak mencukupi.'
'Bagi hak royalti minyak kami!'
'Tak ada negara yang mahu bebankan rakyat mereka (kenyit mata), tapi kami terpaksa untuk tampung pelbagai kos mengimport minyak dari luar.'
'Bagi hak royalti minyak kami!'
'Royalti apa lancau?!'
'Ah dasar kerajaan pukimak! Kau makan lah duit haram rakyat, sumbat dalam perut anak bini kau! Esok lusa bila besar semua jadi babi!'


Nampak? Perasan?


Ali lepak di kedai mamak, tonton perlawanan BPL, ramai-ramai. Ali penyokong tegar Manchester United, Abu pula Arsenal. Sebelum perlawanan bermula, mereka bergurau, habis pecah sunyi malam itu dengan tawa mereka. Meja di sebelah turut tersenyum melihat gelagat mereka. Secara mereka tak sedar, mereka telah mengajak orang lain, turut sama meraikan lawak bodoh mereka. Malam itu Manchester United 2, Arsenal 1. Ali panggil Abu loser. Abu tunjuk jari tengah. Ali cakap relax. Abu cakap pergi mampus. Kesudahannya, 2-3 meja terbalik, pekerja kedai mamak memaki hamun mereka dan mereka pula tidak pernah bercakap sampai hari ini. Yay! Mari raikan kebencian ini!


Oh, tidak lupa. Persatuan kucing yang paling untung malam itu. Banyak roti canai bertaburan di lantai buat mereka kongsi bersama anak bini. 














'Banyak rasa yang boleh kita letakkan antara kita dengan orang lain. Kenapa pilih benci?'





No comments: