October 20, 2011

Askar kecil


Aku tak tahu kenapa banyak betul semut yang merayap atas meja aku ni. Rasanya aku dah lap meja, siap guna sabun lagi. Terserlah betul kerajinan aku waktu tu. Kalau ada makcik-makcik yang nampak ketekunan aku lap meja tadi, mungkin mereka mahu jadikan aku sebagai menantu mereka pada hari ini juga. Tapi malangnya rumah aku tak ada orang masa tu, kejadah pula ada makcik-makcik nak datang rumah aku stalk aku malam-malam buta kan? Namun sekarang masalahnya bukan makcik-makcik ni tak datang rumah aku, masalahnya ialah si askar-askar semut ni masih merayap merayau atas meja aku.

Kenapa?

Mengikut cara atau norma biasa yang orang zaman moden praktikkan, mereka akan sembur shieldtox atau apa-apa sahaja untuk mematikan semut-semut ini. Tapi aku tak sanggup. Aku percaya  pada peluang kedua. Aku berpegang teguh pada prinsip setiap jasad yang punya jiwa berhak untuk diberi peluang kedua. Lagi pun siapa aku nak tarik nyawa-nyawa semut ni kan? Justeru aku lebih suka ketuk meja tersebut beberapa kali sebagai isyarat untuk para-para semut itu tahu bahawa aku sedang mengenyahkan kependudukan mereka di atas meja aku. Mulanya berkesan, semua lari bertempiaran tapi lama-kelamaan depa mai balik.

Kenapa?

Aku ni ada penyakit. Bila ada masalah tak boleh settle mula lah nak guna imaginasi nak selesaikan masalah aku. Agak lame, tapi ini je cara aku rasa yang paling efektif untuk lari kejap dari masalah-masalah yang sial ni. Waktu ini aku bayangkan kalau lah semut-semut ni mampu faham patah kata manusia, aku akan suruh mereka berlalu dengan cara baik. 'Encik semut, jangan kacau gua, gua pukul karang,..' kalau boleh lah kan. Aku fikir dalam lagi, kot-kot ada cara lain yang imaginasi aku boleh bayangkan (Alang-alang dah berfantasi macam ini, baik aku korek je lagi kan?) Apa kata kalau aku sahaja yang disumpah menjadi sang semut? Aku rela menjadi korban untuk menjadi wakil peradaban manusia generasi ini. Biar aku pimpin mereka dan bilang pada mereka bahawa kadang kala kehadiran mereka menyebabkan manusia berasa rimas dan tertekan.


Tiba-tiba..


Aku tercampur pula sedikit unsur realiti dalam dunia imaginasi yang aku create tadi (ah potong!) Adakah kehadiran aku akan diterima dengan hati terbuka oleh ahli-ahli komuniti semut nanti? Apatah lagi untuk menjadi pemimpin mereka, apa mereka mahu dengar ke arahan yang aku nak kemukakan nanti? Alamak, ini kusut! Kalau dalam dunia realiti, ada pilihan raya untuk pilih pemimpin tapi dunia semut bagaimana? Sistem agung mana yang mereka gunakan untuk menjaga peradaban mereka yang sampai hari ini tak pernah pun aku lihat atau dengar peperangan yang tercentus dalam kalangan semut berlaku. Siapa ketua mereka? Raja? Presiden? Hebat sungguh sampai hari ni pun aku tak pernah nampak semut-semut ini bergaduh menuntut hak mereka.


Manusia yang sebaik-baik ciptaan ciptaan, yang diutus utnuk menjadi khalifah ni pun 'kadang-kadang' ada juga 'berselisih faham' tapi semut, TAK PERNAH.


Cis ini betul-betul kusut+gampang!


Suka hati lah semut-semut sekalian, lepak lah atas meja aku ni. Jangan berenang dalam nescafe aku.




P/s: Rasa macam manusia ni sedikit ketinggalan berbanding makhluk tuhan yang agak kecil seperti.. Semut? Tak apa, tertinggal sedikit ketinggalan je pun.

No comments: