October 05, 2011

Labelistik


Kita punya satu kuasa ini yang aku yakin semua makhluk tuhan juga punya kuasa ini iaitu kuasa menilai. Manusia, haiwan, tumbuhan semua punya kuasa ini. Aku kurang pasti mengenai haiwan dan juga tumbuhan kerana aku tak berapa rapat dengan mereka. Tapi aku pasti mereka punya kuasa menilai ini kerana kalau tak masakan tumbuhan hanya akan terus hidup jika diberi air yang secukupnya kan? Ini bukti mereka punya kuasa menilai kerana mereka mampu menilai takat air yang cukup untuk memapukan mereka untuk terus hidup. Di sini, aku lebih senang bercakap dengan benda yang paling hampir dengan aku iaitu manusia.


Dan yang lebih menarik, manusia sangat suka menilai spesis mereka sendiri iaitu manusia juga. Senang sahaja proses menilai ini. Kita mulakan dengan memakukan mata ini kepada seseorang, kita serap maklumat yang kita peroleh seperti apa kita lihat melalui mata, apa kita dengar melalui telinga, lalu kita campurkan sedikit dengan pengalaman yang kita ada, dan kita gabungkan semuanya lalu berjaya hasilkan satu konklusi. Bunyinya sangat klinikal! Walaupun kita tahu mungkin ada kurangnya atau silapnya dalam proses tadi, kita cuba sedaya upaya padamkan rasa ini untuk mengiyakan konklusi tadi. Hanya konklusi ini yang dimahukan, tak mahu yang lain.



Ini satu kelebihan.

Atau

Mungkin boleh jadi satu penyakit?

Penyakit apa?


Hmm, apa kata 'Labelistik'?


Kita gemar melihat luaran seseorang dan nilai mereka dengan apa yang mereka pertontonkan. Sewenangnya kita meletakkan 'label' pada mereka.

Kau cantik
Kau pandai
Kau bodoh
Kau bengap
Kau awesome!


Labelistik ni kejam. Dia boleh buat manusia jadi sempit, tertutup segala sifat kewarasan. Kita menolak segala dakyah/idealogi/fahaman yang bertentangan dengan label yang kita anjurkan walaupun kita tahu ada betulnya pandangan mereka. Kadang-kadang kita berasa kecewa bila ada yang persoalkan 'label' yang kita letak pada sesuatu/seseorang. Pada kita sudah tiada cacat celanya penilain yang kita lakukan.

Adoi, damn punya manusia!

Tapi kita manusia kan. Kita tak adil. Kita terlupa siapa sebenarnya yang punya kuasa Maha Adil.

TUHAN


Percaya lah, kita ni selalu rabun bila menilai sesuatu. Kita nampak sesuatu/seseorang dari satu sudut sahaja, sudut yang kita mahukan. Bila kita mahu lihat sesuatu itu sebagai yang cantik, maka cantik lah ia. Bila kita mahu lihat sesuatu itu sebagai puki, maka puki lah ia. Kita semua sebenarnya takut, takut sangat-sangat.




Takut untuk persoal apa yang kita pegang.








No comments: